BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Monday 25 April 2011

JELASKAN PENUBUHAN ASAS 50 DAN KONSEPNYA?


Pengenalan :
  • Nama penuh ‘ Angkatan Sasterawan 50 “
  • Ditubuhkan pada 6 ogos 1950 bertempat di 24-H, Henderson Road Singapura.
  • Penubuhannya adalah hasil daripada kata sepakat 19 orang penulis
  • Tokoh-tokoh asas 50 terdiri daripada pemuda pemudi yang berlatarbelakangkan berbeza.
  • Berpegang kepada konsep “ Seni untuk Masyarakat “
  • Sewaktu mula ditubuhkan ianya dianggotai oleh anak-anak muda sekitar umur 20-an.
  • 1954,seramai 99 orang termasuk dua orang wanita menganggotainya.
  • Seramai 72 orang daripada ahlinya pernah menulis dalam akhbar sastera majalah yang diterbitkan di singapura.
  • Dari sudut pekerjaan,kebanyakan mereka terdiri daripada :
    1. guru
    2. wartawan
    3. Buruh

Sifat-sifat penulis Asas 50 yang agak Ideal atau Unggul :

  • Penulis itu moden serta baru, mempunyai status yang tinggi dalam masyarakatnya
  • Dunianya luas serta dalam kerana diaambil daripada kenyataan dan alam ilmu
  • Penulis terlibat dengan keadaan bangsanya
  • Penulis harus membawa aliran pemikiran maju
  • Mempunyai kepercayaan akan nilai-nilai kemanusiaan
  • Harus dan mestilah melibatkan diri sepenuhnya dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan

Konsep Asas 50

“seni untuk Seni “
Konsaep ini diperjuangkan oleh Ashraf yang mengatakan dan menerangkan bahawa karya itu adalah suatu hasil seni dan karya itu hanya dimiliki oleh oleh orang-orang seni sahaja.Ashraf juga mengatakan bahawa konsep ini bermaksud setiap hasil karya itu bukanlah untuk dimiliki oleh masyarakat.Namun begitu, konsep ini telah mendapat tentangan hebat seorang tokoh iaitu Hamzah yang memperjuangkan konsep “ seni untuk Masyarakat “ .ekoran itu,ianya telah menyebabkan timbulnya polemik yang berpanjangan antara kedua tokoh dalam dunia kesusasteraan.


“ Seni untuk Masyarakat “
Konsep ini diperjuangkan oleh Hamzah.hamzah berpendapat bahawa hasil seni itu  bukanlah milik orang seni sahaja dan bukanlah hanya dimiliki oleh golongan-golongan pengkarya malah hasil karya sastera itu adalah milik masyarakat bersama dan ianya boleh dinikmati masyarakat.Namun begitu konsep ini akhirnya diterima.

0 comments:

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam