BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Hikayat

 


Unsur-unsur sejarah dalam Hikayat Raja Pasai

SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI/TEMPAT


Sejarah Pembukaan Negeri Pasai.

Asal usul pembukaan negeri pasai dikatakan bermula dari peristiwa di mana seorang raja pasai bernama merah silu yang ketika itu sedang berburu di dalam hutan bersama seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai.Ketika sedag berburu,si Pasai menyalak kepada seekor pelanduk putih.Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk yang disalakkannya.Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan pasai Ia merupakan suatu kejadian yang pelik sehingga membuatkan para penasihat kagum dan mencadangkan kepada Malikulsalleh untuk mendirikan karajaan baru di sana.Itulah Kerajaan Pasai didirikan berdekatan dengan Lho Seumawe sekarang (Indonesia).Malikul Zahir iaitu anak kepada Malikulsalleh telah dinobatkan di Pasai. Ia mempunyai dua orang anak iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Ia meninggal ketika kedua orang anaknya itu masih kecil sehinggakan neneknya Malikul Salleh menguruskan soal pemerintahan bagi mereka. Sultan Malikul Mahmud diserahkan kepada Syed Ghiathud Din manakala Malikul Mansur diserahkan kepada Syed Semayamuddin. Setelah Malikul Mahmud akil baligh, ia dirajakan di Pasai dan syed Ghiatud Din dilantik menjadi Pendana Menteri. Harta perkakas seperti alat kerajaan, gajah ,kuda dan senjata dibahagi samarata kedua adik beradik

Samudera dan Pasai menjadi sangat makmur. Sultan Malikul Mahmud semakin lama, semakin besar kuasanya. Berita ini sampai ke pengetahuan Raja Siam yang telah mengirim angkatan lautnya untuk menyerang Pasai. Pasai  menjadi bertambah makmur apabila Sultan Malikul Mahmud menpunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki bernama Sultan Ahmad

Sejarah Asal-Usul Raja
Pasai merupakan negeri yang pertama dimasuki agama Islam.Terdapat dua orang bersaudara yang menjadi raja dodalam negeri itu.Mereka ialah Raja Ahmad dan Raja Muhammad.Ketika mereka pergi membuat negeri,Raja Muhammad menemui seorang anak perempuan yang keluar dari pohon Bambu lalu Baginda menamakannya Puteri Betong.Manakala Raja Ahmad telah menjumpai seorang anak lelaki yang bernama Merah Gajah .Ini kerana anak itu dijumpai semasa manaiki gajah.Kemudian Puteri Betong dan Merah Gajah dinikahkan.Hasil perkahwinan kedua-dua mereka lahirlah Merah Silau dan Merah Hasum.Disebabkan satu peristiwa,maka berlakulah penceraian antara Merah Gajah dan Puteri Betong.Raja Muhammad yang marah terhadap tindakan Merah Gajah lalu membunuhnya.Peristiwa pembunuhan Merah Gajah sampai ke pengetahuan Raja Ahmad lalu baginda melakukan serangan terhadap Raja Muhammad.Dalam pertempuran itu,raja Ahmad dan Raja Muhammad telah mangkat.Merah Silau dan adiknya Merah Hasum berhijrah ke arah barat lalu sampai di negeri Berawan dan menetap disana.


Merah Silau membuat jala dan mencari gelang lalu memasaknya.Setelah itu gelang yang dimasaknya itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.Ini membuatkan merah Silau menjadi kaya-raya.disebabkan peristiwa ini timbullah salah faham antara abang dan adik.Merah Silu pergi mencari tempat yang baru dan sampai ke Hulu sungai Pasangan.Di sana ada negeri yang bernama Buloh Telang yang diperintah oleh megat Sekandar.Merah Silau sangat disukai orang disana sehingga menjadikan baginda sebagai raja.Ini menyebabkan berlaku peperangan dengan Sultan Malikul Nasir iaitu adik Megat Sekandar

Sultan Malikul Nasir dikalahkan berturut-turut oleh Merah Silau sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke dalam Rimba yang bernama Rimba Pertama Terjun ,kemudiannya baginda melarikan diri ke Gunung Telawas dan disana baginda dikepung oleh Merah Silu.Tempat kepungan itu kemudiannya dinamakan kubu.kemudiannya baginda terus melarikan diri ke Pekersang,Kumat dan Barus.\
Sejarah Mitos Kedatangan Agama Islam
Nabi Muhammad pernah meramalkan bahawa dikemudian hari akan ada negeri Samudera,negeri bawah angin dan baginda telah memberi perintah kepada penganut-penganutnya supaya memperlengkapkan kapal serta membawa alat-alat kerajaan berlayar ke Samudra untuk menyerbarkan agama Islam.Nabi Muhammad juga berpesan bahawa akan ada seoprang fakir di negeri Menggiri yang harus mereka bawa beserta ke Samudera.

Pada malam hari merah Silu bermimpi bahawa baginda disuruh mengucap Syahadat tetapi baginda tidak boleh mengucapkannya.Kemudian mulutnya diludahi oleh seorang yang berhadapan dengannya dalam mimpi dan memberitahu kepadanya bahawa baginda akan diangkat menjadi sultan dengan nama Malikulsalleh serta menjadi seorang muslim.Baginda sudah pandai mengucap kalimah syahadat dan telah diberikan pengajaran mengenai beberapa soal Fiqih.Dalam mimpi tersebut,baginda diberitahu akan tiba sebuah kapal dalam masa 40 hari ke negeri tersebut.Menurut mimpinya lagi,perintah anak kapal itu harus diturutinya akhirnya orang yang berhadapan dengannya dalam mimpi itu memperkenalkan dirinya adalah Nabi Muhammad .

Merah Silu terus terjaga dari tidurnya terus boleh mengaji 30 juzuk Al-Quran.Ia menimbulkan kehairanan kepada orang yang mendengarnya.ini kerana perkataan yang diucapkan oleh Merah Silu tidak diketahui ertinya.Seperti yang dijanjikan,kapal dari Mekah tiba di Teluk Terali.Seorang fakir turun ke darat bertemu dengan seorang yang sedang berjala lalu menanyakan nama negeri dan rajanya.Nama raja dalam negeri itu adalah Merah Silu dan bergelar Sultan Malikulsalleh.Disebabkan Sultan Malikulsalleh sudah pandai mengucap syahadat dan mengaji Al Quran maka Syeikh Ismail mengajar penduduk Samudera mengucap Syahadat dan mengaji Al-Quran.Setelah penduduk samudera memelik agama Islam,Samudera diberi nama Darulsalam kerana telah masuk agama baru tanpa paksaan.

Kemudian setelah selesai mengislamkan penduduk Samudera,Syeikh Ismail kembali ke negerinya dengan membawa hadiah untuk syarif Mekah iaitu Ambar,kapur barus,gaharu,cendana,kemenyan,kelembak dan cengkih.Fakir Muhammad terus menetap di Samudera untuk memberi pengajaran mengenai agama islam kepada penduduk disitu.Ada satu golongan yang menolak uuntuk masuk Islam dan mereka berhijrah ke Sungai Pasangan.Oleh kerana itu,mereka diberi nama Gajo.

Sejarah Pembukaan Samudera
Asal usul wujudnya Samudera berkait rapat dengan penemuan seekor semut sebesar seekor kucing.Pada suatu hari Merah Silu keluar berburu bersama-sama pengiringnya beserta seekor anjing bernama Si Pasai.Ketika Si Pasai menyalak di atas sebuah tanah tunggi,terdapat seekor semut sebesar kucing.Merah Silu menangkapnya dan memakan semut itu.Daripada peristiwa itu,tempat itu dijadikan negeri yang bernama Samudera yang bermaksud semut yang amat besar.


UNSUR SEJARAH PENGISLAMAN

Sejarah pengislaman Raja Pasai.
Sebelum Islam Sultan Malikulsalleh dikenali dengan nama Merah Silu.Ia bermula dengan sebuah kapal dari Makkah yang tiba di Samudera dan berlabuh di Teluk Teli.Seorang Syeikh dari Makkah yang bernama Syeikh Ismail beserta seorang fakir menghadap Sultan Malikullsalleh.Beliau meminta Sultan Malikulsalleh mengucap kalimah
Syahadat.Sultan Muhammad yang menyamar sebagai fakir memberi Al-Quran kepada Sultan Malikulsalleh untuk dibaca.Serentak itu,Syeikh Ismail mengislamkan semua rakyat di negeri Samudera.Semua rakyat negeri Pasai memeluk islam dengan sukarela dan negeri itu digelar negeri Darulsalam.Sultan Malikulsalleh ditabalkan oleh Syeikh Ismail sebagai Raja Samudera Darulsalam.Beberapa pembesar negeri yang memeluk islam ditukarkan namanya.Contohnya,Tun Seri Kaya digelar Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya digelar Sayin Semayamuddin.Sultan memberi Fidyah ambar,kapur barus,gaharu,cendana,kemenyan,kelembak,cengkih dan pala kira-kira seratus bahara kepada Syeikh Ismail yang ingin pulang ke Makkah.Sultan Muhammad yang menyamar menjadi fakir terus tinggal di negeri Samudera bagi menyebarkan agama Islam.

Sejarah Perluasan Kekuasaan Majapahit Di Pasai
Ia bermula apabila Ratu Majapahit mendengar khabar bahawa anaknya mati di Pasai.Dengan rasa marah baginda memerintahkan askarnya menyerang negeri Pasai.Berlakulah pertempuran antara kerajaan Majapahit dan Pasai.Setelah sekian lama berperang,Pasai dikalahkan oleh Majapahit.Sultan Pasai pada ketika itu,Sultan Ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga yang jaraknya kira-kira 15 hari perjalanan dari Pasai.Tawanan perang dari Pasai dibawa balik ke Jawa.Ada diantara mereka yang terdiri daripada Alim Ulama.Kerajaan Pasai kalah kepada Majapahit disebabkan kekuatan bala tentera Majapahit yang hebat.Dalam perjalanan pulang selepas berperang Kerajaan Jambi dan Palembang berjaya ditawan oleh askar Majapahit.

Patih Gajah Mada diperintahkan oleh Ratu Majapahit untuk menakluki negara-negara jiran.Semua negeri yang ditakluki membayar ufti kepada kerajaan Majapahit kecuali Periaman kerana negeri tersebut masih belum dtakluki oleh Majapahit.Dalam usaha kerajaan Majapahit untuk menakluki kerajaan Periaman,Ratu Majapahit mahu kerbaunya berlaga dengan kerbau dari Periaman.Antara syaratnya jika kerbau Majapahit mengalami kekalahan,orang jawa akan memakai kain mengikut cara perempuan tetapi jika kerbau Periaman mengalami kekalahan,negeri Periaman tertakluk dibawah kekuasaan Majapahit.
Para pembesar Periaman iaitu Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan membuat helah.Helah yang dibuat oleh mereka adalah dengan mencari anak kerbau yang masih menyusu.Anak kerbau itu dibiarkan tidak menyusu berhari-hari.Setelah sampai waktu perlagaan,anak kerbau Periaman yang tidak menyusu  berhari-hari mengisap buah Pelir kerbau jantan Majapahit kerana lapar menginginkan susu.Dalam perlagaan itu,kerbau Majapahit kalah.Orang-orang Jawa diberi minuman di dalam buluh yang tajam semasa jamuan perpisahan.Mereka mati ditikam dengan buluh itu samasa minum.Selepas itu negeri Periaman bertukar nama menjadi Menangkabau yang diambil dari peristiwa perlagaan kerbau.

Unsur sejarah Lagenda
Lagenda Sultan Malikulsalleh di dalam teks hikayat raja-raja Pasai ini memang dipercayai benar-benar wujud.Beliau merupakan Sultan yang pertama kerajaan Pasai yang mendirikan kerajaan dan memeluk Islam.Beliau diislamkan oleh Syeikh Ismail yang berasal dari Makkah.Baginda berusaha menjalankan dakwah Islamiah bagi memperkenalkan dan mengislamkan negeri-negeri jirannya di Nusantara.Bukti kewujudannya dibuktikan dengan adanya Makam Sultan Malikulsalleh yang menjadi tumpuan para Penziarah yang melawat Acheh.

Unsur Sejarah Acheh
Menurut sumber sejarah zaman silam,Acheh yang pada ketika itu terdapat tiga kerajaan negeri iaitu negeri Pasai,Samudera,dan Perlak.Acheh merupakan pisat pengajaran ,pembelajaran dan pusat penyebaran agama Islam di Nusantara.Acheh dikenali sebagai Serambi Mekah pada ktika itu.Ini disebabkan orang-orang yang ingin mengerjakan haji terlebih dahulu mempelajari agama di Acheh sebelum berangkat ke Mekah.Mengikut sumber sejarah,Acheh atau Sumatera Utara dianggap tempat yang pertama menerima ajaran Islam.Menurut A. Hasjmyj dalam Seminar sejarah mengenai kemasukan Islam di Indonesia yang diadakan di Medan pada 17 hingga 20 Mac 1963 telah membuat ketetapan antara lain:
i)                    Islam datang ke Indonesia kira-kira dalam abad 1 Hijrah bersamaan 7/8 Masihi dan diterima secara langsung dari Arab.

ii)                  Daerah yang pertama sekali menerima sinar Islam ialah Pesisiran Sumatera Utara.

iii)                Kedatangan ulama-ulama dari luar negeri ke Acheh untuk memperteguhkan Ideologi Mazhab Syafie yang telah ditanam oleh raja-raja.



Unsur Sejarah Susur Galur Keluarga Sultan Ahmad
Sultan Ahmad mempunyai seramai 30 orang anak. 5 diantaranya seibu sebapa.
Mereka adalah:

  • Tun Beraim Bapa
  • Tun Abdul Djalil
  • Tun Abu`l Fadlil

Dan 2 anak perempuan

  • Tun Madam Periah
  • Tun Takiah Dara
Dikalangan kelima-lima anak Sultan Ahmad ini,Tun Beraim Bapa adalah yang bersifat istimewa.Namanya dikenali hingga ke negeri Keling.Begitu juga dengan Tun Abdul Djalil namanya dikenali hingga kedengaran kepada Puteri Gemerencang.Tun Abu`l Fadlil

iaitu anak kepada Sang Nata Majapahit  adalah seorang Ahli Ilmu pengetahuan terkenal namanya hingga ke Benua Samarkandi.Kedua anak perempuannya mempunyai kecantikan yang tiada bandingannya pada zaman itu.

Unsur Sejarah Kemerosotan Kerajaan Pasai
Sultan Ahmad telah jatuh cinta pada anak perempuannya.Baginda meminta nasihat dari Menteri.Apabila Sultan Ahmad meminta nasihat dari para menterinya, Pendana Menterinya, Tun Perpatih Tulus Agung Tokong Sukara mengetahui maksud tersirat Sultan Ahmad. Apabila diketahui maksud tersirat Sultan Ahmad, Tun Perpatih Tulus Agung Tokong Sukara membuka rahsia kepada kedua-dua puteri. Dengan rasa takut yang mendalam, mereka terus meminta bantuan kepada abang mereka iaitu Tun Beraim Bapa. Tun Berain Bapa terus menghantar kedua-dua adik perempuannya ke Tukas. Apabila diketahui oleh Sultan Ahmad, baginda teramat marah sekali.
Kemudian datanglah kapal dari negeri keling dengan empat pendekar yang hebat.Mereka membuat huru-hara di Pasai .Sultan Ahmad meminta bantuan daripada Tun Beraim bapa yang berjanji  untuk datang dan mengerahkan sejumlah pendekar,genderang perang dipalu sehingga membuatkan Sultan terkejut.Sultan Ahmad khuatir Tun Beraim Bapa hendak menderhaka kepadanya dan baginda mengambil keputusan untuk membunuhnya.

Antara cubaan Sultan Ahmad yang ingin membunuh anaknya Tun Beraim Bapa:

  1. Baginda menyuruh Tun Beraim Bapa apabila timbul disuruh hulubalang menetaknya.Akan tetapi Tun Beraim Bapa menyelam dan timbul serantai jauh dari tempat itu.Akhirnya Tun Beraim Bapa selamat


  1. Perahu Sultan Ahmad lekat pada batang .Baginda menyuruh Tun Beraim Bapa membuangnya.Tun Beraim Bapa berjaya melepaskan perahu itu dan beliau selamat daripada mati lemas.


  1. Sultan Ahmad menyuruh orang Seri membuat cucur Peniaram beracun.Sultan Ahmad memberi Tun Beraim Bapa makan bagi memanaskan badannya yang dingin selepas menyelam.Tun Beraim Bapa tahu akan Peniaram beracun itu.Ia diberi kepada anjing dan ayam .kedua-dua binatang itu mati serta-merta.Adik-adiknya iaitu Tun Madam Periah dan Tun Takiah Dara juga makan .Mereka keduanya pun mati.Mereka dikebumikan di Bukit Fudul Allah.Oleh sebab tidak mahu derhaka Tun Beraim Bapa makan Cucur Peniaram itu.Disebabkan sebahagian daripada cucur peniaram itu dimakan oleh adik-adiknya,racunnya tidak kuat lagi .Apabila Tun Beraim Bapa makan cucur itu ia jatuh sakit.Dalam keadaan yang lemah Tun Beraim Bapa menyelam dalam Lubuk Turai untuk menangkap ular lembu bagi mengurangkan sakitnya.Tetapi sakitnya juga tidak sembuh.Tun Beraim melontar lembingnya lalu tehunjam diantara dua kubur adiknya akhirnya Tun Beraim Bapa mati.Ia dikebumikan ditempat lembing tercacak itu.Sultan Ahmad amat gembira dengan kematian Tun Beraim Bapa

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,kita dapat lihat bahawa Hikayat Raja-Raja Pasai ini dibahagikan kepada tiga bahagian.Bahagian pertama sesuai diberi tajuk Pembukaan dan Pengislaman Pasai.Dalam bahagian ini banyak menceritakan asal usul pembukaan Pasai dan Raja-Raja Pasai.Sebagai contoh yang dapat kita lihat ialah pengislaman Raja Pasai iaitu Merah Silu yang kemudiannya ditukarkan namanya kepada Sultan Malikul Saleh.

Bahagian kedua didalam cerita banyak menceritakan tentang Pasai di Bawah Pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal.Dalam bahagian ini ianya menceritakan atau mengisahkan keperwiraan Tun Beraim Bapa dan usaha-usaha Sultan Ahmad Perumudal Perumal yang hendak membunuhnya.Begitu juga kisah Tun Abdul Jalil dibunuh oleh Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan akibatnya menyebabkan Puteri Gemerencing membunuh diri.

Bahagian ketiga pula mencerita atau mengisahkan Perluasan kekuasaan Majapahit.Dalam bahagian ini memaparkan cerita tentang kisah Majapahit menyerang Pasai.Pasai telah kalah dan Sultan Ahmad Perumudal Perumal melarikan diri  ke Menduga dan beberapa tempat yang lain lagi.

 
                                                                     BIBLIOGRAFI
  • HIKAYAT RAJA PASAI  (Russell Jones)
  • SASTERA SEJARAH INTERPRETASI DAN PENILAIAN
                                                       (ZAHRAH IBRAHIM)

  • KESUSASTERAAN LAMA INDONESIA (ZUBER USMAN)

  • KAJIAN TEKS MELAYU KLASIK TERPILIH
                                                    (MUSTAFA MOHD ISA)

  • TEKS SULALATUS SALATIN

Sinopsis Hikayat Seri Kelantan (Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Pada awal ceritera ini berkisarkan tentang pemerintahan di Negeri Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung yakni berkisar tentang Cik Siti dan Puteri Saadong. Puteri Saadong di kahwinkan dengan Raja Abdullah. Raja Siam datang memaksa supaya Puteri Saadung dihantar kepadanya. Raja Siam mendapat penyakit akibat membawa Puteri Saadong balik ke Siam. Setelah di hantar pulang berlaku konflik diantara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah sehingga berlakunya pertumpahan darah. Puteri Saadong berpindah dan negerinya di ambil alih oleh Raja Ibrahim yang kemudiannya di gantikan dengan pemerintahan lain dek kerana zalim kepada rakyat. Cerita ini juga mengisahkan tentang kerajaan di Pattani, di Negeri Reman dan beberapa kisah tentang Long Junus dan Long Jaafar. Di akhir cerita memperlihat konflik diantara Raja Pasir Emas dengan Raja Kubang Labu yang berakhir dengan pertumpahan darah.

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam