BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Puisi

Puisi baru sebagai peranan masyarakat.


         Seperti kita hanya dapat mengerti agan puisi lama,apabila puisi lama itu kita anggap sebagai pancaran masyarakat lama,demikian pulalah puisi baru hanya dapat kita pahamkan apabila ia kita pandang sebagai pancaran masyarakat baru.apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat baru?Secara ringkasnya dalam kitab puisi lama hanya memperlihatkan rangka umum masyarakat lama.antara sifatnya ialah:


A) Perasaan persatuan yang kukuh antara anggota dan tidak berbeza dan segalanya dapat memenuhi keperluannya tenteng rohani dan jasmani dalam lingkungan masyarakat itu.

B) adapt yang timbul pada zaman islam dan berpegang kepada kepercayaan(dunia ghaib dan sakti) dan menguasai segala cabang kehidupan.


        Sejarah eropah dapat dikatakan mempunyai pengaruh yang besar dan asas tumbuhnya dunia moden.Lukisan-lukisan pada zaman kuno misalnya masyarakat german terdapat beberapa corak yang tiada bezanya dengan corak dan sifat masyarakat Indonesia lama sebagai contoh terdapat dalam karya-karya puisi lama antaranya karya “sutan Takdir Alisjabana”


        Maka dengan  itu,peristiwa yang paling menarik minat kita semua ialah perang salib dimana perang ini dilakukan oleh bangsa-bangsa yang memeluk agama nasrani di eropah untuk merebut baitulmukaddis dari tangan bangsa-bangsa yang memeluk agama islam.kesan daripada itu,maaka banyaklah aaktiviti perdagangan yang diusahakan dan timbullah kota perdagangan yang besar dan kaya kwrana perhubungan perdagangan dengan negeri-negeri timur.


         Perubahan akibat perang salib amat besar sekali terutamanya dalam bidang ekonomi,politik,dan kebudayaan.timbullah sesebuah kota maka beerti timbullah pendeta,kaum bangsawan dan kaum tani.kebanyakan masyarakat yang tinggal didalam kota tersebut tidak dapat menghasilkan barang pertanian,penternakan dan sebagainya.




 “Bukan beda bijak berperi,
Pandai mengubah madahan syair.
Bukan beta budak negeri
Mesti menurut undangan negeri

Sarat saraf saya mungkiri,
Untai rangkaian seloka lama.
Beta buang beta singkiri,
Sebab laguku menurut sukma

Bukan beta bijak berlagu,
Dapat melemah bingkaian pantun.
Bukan beta berbuat baru,
Hanya mendenagar bisikan alun.


Maka dengan inilah kita dapat mengatakan bahawa tiap-tiap penyair mempunyai  pilihan kata,susunan kalimat,jalan irama,pikiran dan perasaan sendiri-sendiri .dalam sajak-sajak yang terkemuka ialah “INDIVIDUALISTIK” ,peribadi penyair itu.maka dengan itu puisi baru terlalu kaya denagan ragam bentuknya sedangkan isinya melingkungai seluruh dunia dan alam segala sesuatu yangt mungkain meenarik minat manusia.



PENULIS SERTA CONTOH KARYA                                
A)  SELASIH ATAU SELEGURI
(nama sebenarnya sariamin ismail)

 Beliau lahir di talu (sumatera barat) pada bulan julai 1909.pada tahun 1921 beliau memasuki meijisnormalschool (sekolah guru perempuan) di padang panjang.setelah menamatkan sekolah kelas dua di talu.ketika berusia 10 tahun,beliau sudah mula menulis puisi dan ketika berusia 1a6 tahun beliau sudah mula memuatkan karangan dalam surat khabar dengan menggunakan nama saamarannya.pada tahun 1934 beliau telah menjadi redaktris “suara kaum ibu sumatera” di padang panjang.


Antara karangan beliaunialah “kalau tak untung”, “pengaruh keadan”, “rangkaian sastera”, “puisi dan cerita-cerita pendek”, dalam majalah dan surat khabar antaranya ialah “panji pustaka”, “asyara”, “sunting melayu”, “bintang hindia” dan “pujangga baru”.dalam karangannya samaada dalam prosa ataupun puisi ia gemar meluaskan kesedihan batin yang tersembunyi dan hasrat jiwa  yang lenyap atau tiada sampai.bahasanya bersahaja,berperasaan,nyata keminangkabauan dan masih banyak mengandungi kiasan dan perumpaman lama.



RATAP IBU


Anakku tuan remaja puteri,
Buah hati cahaya mata.
Hari raya sebesar ini,
Mengapa tuan tak bangun jua.

Bangun tuan,bangun nak kandung,
Bangun nak saying muda rupawan
Sampai hati anakku tuan,
Membiarkan bunda duduk berkabung.

Lihatlah nasi telah terhidang,
Pakailah kain berlipat-lipat.
Tuan penanti jamu yang dating,
Akan penjelang kaum kerabat.

Bunyi tabuh menggegar bumi,
Bunyi petasan gegap gempita.
Penuh sesak  di jalan raya,
Segala umat bersuka hati.


CINTA YANG SUCI

Kucinta kanda sepenuh hati,
Dengan cinta ibu yang maha suci.
Suka membela berbuat jasa,
Sekuat tulang sehabis tenaga

Biar melayang nyawa di badan
Ataupun karam tengah lautan
Biar habis harta dan benda
Jika penebus jiwa kaakanda.


Kucintai kakanda sebagai isteri
Suka membela membuat jasa
Kasih bercampur dendam berahi
Penghiburkan sukma,penggembirakan hati.

Kucintai kanda sebagai anak
Seperti anak sayangkan bapak
Kupandang tinggi serta mulia
Kutakuti tuan kuhormati kanda.
                    

Bunyi tabuh menggegar bumi
Bunyi petasan gegap gempita
Penuh sesak dijalan raya
Segala umat bersuka hati.



         B)  A.M>DG.MIJALA(ABDUL MUIN ABDUL MIJALA)         
                
                Beliau lahir diujung padang pada tahun 2 januari 1909.memasuki sekolah kelas 2 di ujung padang tahun1916.Sesudah itu  mula belajar sendiri secara perseorangan.pada tahun 1928 pula beliau


Telah menjadi guru H.I.S. M/D quran.(M.I.S.Muhamaadiyah dengan quran) di Ujung Padang.kemudian bekerja sebagai buruh di kalangan perdagangan .karangan dan sajaak termuat dalam beberapa surat khabar dan majalah antaranya “pujangga baru dan panji pustaka.


                                    
BURUH

Duduk aku hadapi meja
Tulis buku banyak ragam
Kopi masuk  gula keluar
Kapok dibeli koprah dijual.

Semenjak pagi sudah begitu
Sampai petang baru berhenti
Lelah penat tidak terasa
Demikian asyik menulia kata.

Bukan harta punya sendiri
Hanya harta punya majikan
Harta sendiri hanya tenaga
Tenaga badan dan pikiran.


Habis bulan terima gaji
Debet kredit  dihitung ulang
Sekali ini harta sendiri
Membuat pusing kepala pening.


C)    MUHAMAD YAMIN
(nama mula dieja jamin/kemudian yamin)       

                                
         Dilahirkan di Sawah Lunto pada tanggal 23 ogos 1903 dan meningal dunia pada 17 oktober 1962 di Jakarta.merupakan seorang keturunan kepala adat di Minangkabau pada ketika berusia kecil lagi telah mendapat didikan adapt dan agama hingga tahun 1914.Bersekolah di Volkschool(sekolah desa).Pernah menjadi anggota Jong Sumatera Bond,guru normal dan dapat gelaran MR.in de Retchen dalam tahun 1932 di Jakarta.dia sangat memperhatikan hokum adat Indonesia ,sosiologi dan hokum internasional juga bahasa,sejarah dan kebudayaan timur.
        
          Beliau sering menjadi “advocaat dan procureur dijakarta.dalam zaman jepang munjadi penasihat sendenbu-sendenbu,Jakarta dan duduk dalam majlis Pertimbangan Putera.sesudah proklamasi kemerdekaan Indonesia, beliau menjadi anggota parlimen Indonesia,dewan konstituante dan pernah beberapa kali menjadi menteri dalam cabinet dan juga guru besar sejarah.


           Antara karyanya ialah”Tanah Airku”(sajak 1922) “Indonesia tumpah darahku”(sajak1928) “Ken Arok dan Ken Dedes”(drama b.p1934) dan sebagainya.Dalam penghasilan karyanya masih mempunyai irama tersendiri dan bahasa pantun…..
               


GITA GEMBALA

Lemah gemalai lembut derana
Bertiuplah angina sepantun rebut
Menuju gunung arah ke sana
Membawa awan bercampur kabut.

Dahan bergoyang sambut-menyambut
Menjatuhkan embun jernih bewarna
Menimpa bumi deruap dan lembut
Sebagai benda tiada berguna.

Jauh di sana diliputi awan
Terdengar olehku bunyi nan rawan
Seperti permata di dada perawan.





     ANTARA PENULIS LAIN DAN SAJAK_SAJAKNYA.            


A)    M.R Dajoh.
i)Perempuan Menumbuk Padi
ii)Pekerjaan Anak
iii)Mengambil Kerikil Dari Kali

B)    Suman HS
i)Berjuang
ii)Diracun Kata
iii)Terkenangkan
iv)Suara Nyawaku
  
C)    J.E Tatengkeng
i)Dipantai Waktu Petang
ii)Kuncup
iii)Anakku
iv)Kucari Jawab
v)Nelayan Sagihe

D)    Intojo
i)Rasa Baru
ii)Dimana Tempat Cinta Sejati
iii)Untuk Pujangga Baru
iv)Nasib
v)Gua

E)     O.R Mandank
i)Betapa Seni
ii)Lagu Bargirang,Tidaklah Pandai
iii)Mana Nan Tegur Bertelus Hati
          iv)Sebab Aku Terdiam    



Sajak Penggilap Rezeki ( Madu Ilmu)
Dicelah-celah pasar kesibukan hidup
sekujur kecil bersalut kemiskinan
melaung perhatian mnta didekati
peti kecil tersandang di bahu kerdil
dia bukan pengemis jalanan
tapi menjual perkhidmatan
dia bukan pencopet buruan
tapi menagih pengertian.
Semir sepatu, pak ! Semir sepatu, bu !
itulah suara kegigihan
dari gubuk kelaparan pinggir kota
dia merungkai segala rasa malu
dari sepasang kaki ke sepansang kaki
di kulit sepatu, tangan menggilap rezeki
hinggan memancar puas si pemilik
menyinar ruang sekolahan hari esok
dan pembungkus rezeki buat sehari.
Semir sepatu. Pak ! Semir sepatu, bu !
dia lebih khuatir pada kulit dan harga
sepatu di kaki orang lain
daripada rabik selipar di kaki sendiri.
Herdik perli adalah simbahan baja
yanng menyuburkan ladang perjuangan
si tubuh kecil penggilap sepatu
sebelum malam bertandang.
Waktu-waktunya, dalam diam  anak itu
menabung azam mahu jadi imigran
menggali emas di bumi seberang
yang anak-anak sebangsa dan sebayanya
tak pernah kenal berus penggilap
walau unntuk sepatu sendiri.


Seloka Pak Kaduk
 
Aduhai Malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.


 Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
Kami tak mahu keadaan begini,
azab sengsara di abad ini.
Kami kehausan kami kelaparan,
di medan perang mayat berkaparan.
Mengapalah perang terus meletus,
suara kedamaian sering diutus.
Memohon kasih mengharap sayang,
aman bahagia sukar ditayang.
Hulurlah bantuan berilah harapan.
demi kebahagiaan masa hadapan.
Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,
susah derita hidup terseksa.
Seuntai kasih secebis harapan,
berhati bersih berbudi bersopan.
Kepada para pemimpin yang berkuasa,
pastikan penghuni alam aman sentosa.

Syair Keagamaan
Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah Khalikul`alam,
Dipermulai kitab diperbuat nazam,
Supaya ingat mukmin dan Islam.

Memohonkan rahmat kepada Allah,
Minta ampun barang yang salah,
Fakir mengarang berbuat Allah,
Mengarang syair suatu masalah.

Alhamdulillah pula dikata,
Bagi Allah puji semata,
Empat puji adalah serta,
Sekalian kembali ke Tuhan kita.

Sudah memuji Tuhan yang kaya,
Selawatkan Rasul Nabi yang mulia,
Itulah penghulu segala Anbia,
Sekalian Islam jin dan manusia.

Inilah pesuruh yang Tuhan yang Ghani,
Menyampaikan titah ke sana sini,
Barang yang tidak menurut ini,
Menjadi kafir masuk Nasrani.
 
Sudah memuji Allah dan Muhammad,
Disuratkan syair khabar kiamat,
Di sanalah Nabi memohonkan umat,
Barang yang taat beroleh nikmat.

Barang yang maksiat berolah bala,
Kerana murka Allah Taala,
Di dalam neraka ia tersula,
Badannya hancur tiada terkala.

Seksanya bukan kepalang,
Di dalam api ia menjulang,
Dimakannya daging lalu ke tulang,
Jerit dan tangis tiada berselang.


Syair Perahu
(Hamzah Fansuri)

Inilah gerangan suatu madah
mengarang syair terlalu indah
membutuhi jalan tempat berpindah
di sana iktikad diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamthil tubuhmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat juga kekal hidupmu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli iman

Perteguh juga alat perahu mu
Hasilkan bekal air dan kayu
Dayung pengayuh taruh di situ
Supaya laju perahu mu itu.

SYAIR NASIHAT
Syair Kelebihan Ilmu  : Ilmu Bekalam Hidup

Berkata ilmu akulah sultan
Kerajaan aku darat dan lautan
Jahil berseru akulah syaitan
Ikutlah aku merata hutan

Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai hingga mati

Harganya tidak dapat ternilaikan
Sebuah dunia belinya bukan
Kuasanya sukar digunakan
Di laut, di darat, di rimba, dan pekan

Jasa seorang ialah taman
Teman berbekal suluh berjalan
Jasa berhimpun ialah pengenalan
Hiasan penyata polan si polan

Bagi yang duka ia penghibur
Ia penerang bagi yang kabur
Ialah kerdil di alam kubur
Lamun dengannya beramal subur


Ialah penerang ke jalan syurga
Ia pemuas tekak dan dahaga
Ialah sungai dan telaga
Laut yang luas ialah juga

Ialah alat sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hampirnya luas pandang sejuta
Tepinya ajal sempadan fana

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam