BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Monday 2 May 2011

ANJUNG SASTERA

Malam di pintu gerbang di Jalan Raja Muda Musa Kg Baru, ketika sedang menukang karya tulis, mengarang bebunga pena di medan selera Amir ini, asap hembusan shisha berperisa strawberi berkepulan dan bergumpalan menari-nari di udara. Ia kemudian berbaris di depan hidungnya dan berjuang dengan caranya yang tersendiri guna mencari laluan ke rongga pernafasan seorang anak muda di situ.

Baru-baru ini muncul sebuah novel karya Sasjira, pengarang muda Sabah. Judulnya Lestari Cintaku. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Pekan Ilmu.

Sastera Melayu subjek tunggal

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA 

shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei – Kesusasteraan Melayu harus dijadikan mata pelajaran tunggal dan bukannya dijadikan sebahagian daripada komponen subjek Bahasa Melayu seperti sekarang.
Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang lebih progresif untuk memperbaiki cara pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah.
“Kita harus sedar subjek ini (Kesusasteraan Melayu) sebenarnya bercampur dengan subjek Bahasa Malaysia yang juga mempunyai bahagian seperti tatabahasa, pemahaman dan penulisan. Jadi, seseorang guru bahasa tidak semestinya mampu menguasai seni kesusasteraan.
“Pengasingan akan mempermudah kerja mencari guru yang pakar dan mahir dalam bidang sastera untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam subjek kesusasteraan. Pengkhususan dalam pengajaran bidang sastera akan melahirkan generasi muda yang lebih menguasai dan menghayati sesuatu kesusasteraan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas program Bicara Sasterawan Negara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bersama Datuk Dr. A. Samad Said dan Muhammad dengan topik Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, di sini hari ini.
Muhammad berkata, kerajaan harus memastikan maktab perguruan dan universiti menghasilkan lulusan yang baik dalam bidang kesusasteraan supaya bakal guru sastera merupakan mereka yang betul-betul mahir dan menguasai bidang itu dengan sepenuhnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, generasi muda harus dipupuk untuk menjiwai kesusasteraan dan bukannya menghafal laras dan teori yang diajar dalam subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah.
“Sastera Melayu tradisi merupakan satu warisan kebudayaan yang amat tinggi nilainya dan sastera Melayu terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu dalam bentuk lisan dan tulisan.
“Generasi muda sebenarnya perlu sedar bahawa tiada siapa lagi yang dapat memikul beban untuk mempertahan dan memperkembang sastera Melayu kerana zaman Usman Awang dan sasterawan terkemuka negara yang lain telah hampir tiada dan ada yang sudah tamat perjuangan mereka,” katanya.

Pesanan Buat Pengunjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, buat pengunjung Blog ini, saya memohon maaf sekiranya maklumat-maklumat baru tidak diuploadkan dalam blog ini.hal ini kerana masalah teknikal dan juga connection internet yang tidak dapat dielakkan..Insyaalah pada 9 Mei 2011 blog ini akan beroperasi dengan maklumat-maklumat yang terbaru...sekian ...

Monday 25 April 2011

PENDEKATAN-PENDEKATAN DALAM KRITIKAN SASTERA


  • Pendekatan moral
  • Pendekatan sosiologi
  • Pendekatan psikologi
  • Pendekatan tipainduk
  • Pendekatan struktur

Kritikan sastera, Fungsi, Buku Kritikan Teori, Jenis Kritikan

KRITIKAN SASTERA
  • Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.
  • Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sediri.
  • Pertimbangan dan penilaian terhadap karya –karya sastera akakn diperkuat dengan alasan –alasan yang munasabah.
   
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
  1. Menyumbangkan pengetahuan dan seterusnya mengembangkan pengetahuan itu.
  2. Memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya dengan jelas.
  3. Membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik.
  4. Memberikan kenerangan kepada pengarang cara-cara hendak menyesuaikan karya sasteranya dengan pembaca.
  5. Menghapuskan prasangka buruk terhadap karya sastera dan juga kesusasteraan.
  6. Memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca.
 
 BUKU-BUKU KRITIKAN TEORI
  1. Poetics oleh Aristotle
  2. Principles of literary Criticism (1924 ) oleh L.A. Richards
  3. Anatomy of Criticism (1957 ) oleh Norhrop Frye
  4. Kritikan Sastera di Malaysia
 
BUKU-BUKU KRITIKAN AMALI
  1. Lives of the Poets oleh Dr. Johnson.
  2. Essays in Criticism oleh Mathew Arnold
  3. Seleted Essays oleh T>S> Eliot
  4. Novel-novel Malaysia dalam kritikan susunan Hamzah Hamdani
 
Jenis Lain Kritikan Sastera
  • Kritikam mimetik – melihat karya sastera sebagai satu perimen alam.
  • Kritikan prgmatik – melihat karya sastera sebagai alat yang boleh
  • Kritikan ekspresif – melihat karya sastera sebagai alat bagi pengarang menyatakan fikiran dan perasaannya
  • Kritikan objektif – melihat karya sastera sebagai sesuatu yang istimewa yang boleh berdiri sendiri.

Novel,Cerpen, Drama, Sastera Bertulis Berbentuk Bukan Cerita, Sajak

NOVEL
 
  • Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial.
  • Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik.
  • Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya.
  • Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
Novel Resaman
Novel Sejarah
Novel Sosial
Novel Politik
Novel Lawan Alam
Novel perwatakan
  • Perlukisan dan perkembangan watak.
  • Contoh :Rentong
Novel psikologi
  • Menekankan penjiwaan watak
  • Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman
Novel peristiwa
  • Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan.
  • Contoh : Puteri Gunung Tahan
Novel resaman
  • Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu.
  • Contoh : Cinta Gadis Rimba
 
Novel sejarah
  • Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam
  • Contoh : Panglima Awang
Novel Sosial
 
Menekankan mengenai persoalan masyarakat
Contoh : Salina
 
Novel Politik
Persoalan politik
Contoh : Krisis
 
Novel lawan alam
  • Kisah kawasan-kawasan tertentu
  • Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan
 
CERPEN
  • Cerita pendek (Kamus Dewan)
  • Cerpen ialah bentukcereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
  • Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
 
Ciri-ciri
  • Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa
  • Menonjolkan hanya satu kesan
  • Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa
  • Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air tulisn Khadijah Hashim.
 
DRAMA
  • Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan.
  • Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.
 
Sifat Drama
  • Isu konflik
  • Aksi fizikal atau mental
  • Jangka waktu persembahan yang terbatas
 
Jenis Drama
  • Komedi
  • Tragedi
  • Opera
  • Pantomin
  • Tragedi-Komedi
   
SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
 
ESEI
  • Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.
  • Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
 
SAJAK
  • Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
 
SIFAT-SIFAT SAJAK
  • Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
  • Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
  • Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.
  • Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
  • Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
 

KESUSASTERAAN TULISAN

KESUSASTERAAN TULISAN

 
  • Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis
  • Pada awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan.
  • Sebelum adanya alat pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja.
  • Contohnya Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu
  • Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan tulisan rumi di perkenalkan.
  • Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang Kancil
  • Sastera bertulis berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.
 

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam