BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Monday 2 May 2011

ANJUNG SASTERA

Malam di pintu gerbang di Jalan Raja Muda Musa Kg Baru, ketika sedang menukang karya tulis, mengarang bebunga pena di medan selera Amir ini, asap hembusan shisha berperisa strawberi berkepulan dan bergumpalan menari-nari di udara. Ia kemudian berbaris di depan hidungnya dan berjuang dengan caranya yang tersendiri guna mencari laluan ke rongga pernafasan seorang anak muda di situ.

Baru-baru ini muncul sebuah novel karya Sasjira, pengarang muda Sabah. Judulnya Lestari Cintaku. Buku ini diterbitkan oleh Penerbit Pekan Ilmu.

Sastera Melayu subjek tunggal

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA 

shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei – Kesusasteraan Melayu harus dijadikan mata pelajaran tunggal dan bukannya dijadikan sebahagian daripada komponen subjek Bahasa Melayu seperti sekarang.
Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang lebih progresif untuk memperbaiki cara pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah.
“Kita harus sedar subjek ini (Kesusasteraan Melayu) sebenarnya bercampur dengan subjek Bahasa Malaysia yang juga mempunyai bahagian seperti tatabahasa, pemahaman dan penulisan. Jadi, seseorang guru bahasa tidak semestinya mampu menguasai seni kesusasteraan.
“Pengasingan akan mempermudah kerja mencari guru yang pakar dan mahir dalam bidang sastera untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam subjek kesusasteraan. Pengkhususan dalam pengajaran bidang sastera akan melahirkan generasi muda yang lebih menguasai dan menghayati sesuatu kesusasteraan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas program Bicara Sasterawan Negara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bersama Datuk Dr. A. Samad Said dan Muhammad dengan topik Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, di sini hari ini.
Muhammad berkata, kerajaan harus memastikan maktab perguruan dan universiti menghasilkan lulusan yang baik dalam bidang kesusasteraan supaya bakal guru sastera merupakan mereka yang betul-betul mahir dan menguasai bidang itu dengan sepenuhnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, generasi muda harus dipupuk untuk menjiwai kesusasteraan dan bukannya menghafal laras dan teori yang diajar dalam subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah.
“Sastera Melayu tradisi merupakan satu warisan kebudayaan yang amat tinggi nilainya dan sastera Melayu terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu dalam bentuk lisan dan tulisan.
“Generasi muda sebenarnya perlu sedar bahawa tiada siapa lagi yang dapat memikul beban untuk mempertahan dan memperkembang sastera Melayu kerana zaman Usman Awang dan sasterawan terkemuka negara yang lain telah hampir tiada dan ada yang sudah tamat perjuangan mereka,” katanya.

Pesanan Buat Pengunjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, buat pengunjung Blog ini, saya memohon maaf sekiranya maklumat-maklumat baru tidak diuploadkan dalam blog ini.hal ini kerana masalah teknikal dan juga connection internet yang tidak dapat dielakkan..Insyaalah pada 9 Mei 2011 blog ini akan beroperasi dengan maklumat-maklumat yang terbaru...sekian ...

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam