BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Drama


 DRAMA

Dalam khazanah sastera jawa modern,Genre drama merupakan sesuatu yang baru.Menurut Hutomo,penulisan naskah  drama moden berbahasa jawa giat dilakukan orang setelah RRI Yogyakarta menyelenggarakan siaran sandiwara berbahasa jawa.Kemudiannya ditiru oleh beberapa radio amatir.Walaupun ditiru naskah-naskah tersebut tidak pernah dikumpulkan dan diterbitkan  menjadi buku.Soemardjono merupakan tokoh sandiwara radio berbahasa jawa di RRI Yogyakarta.Beliau banyak menulis  naskah sandiwara radio,baik asli atau saduran dan disiarkan oleh RRI Yogyakarta.

Drama atau sandiwara ini bukan sahaja disukai oleh masyarakat Yogyakarta malah masyarakat di luarnya.Itulah sebabnya pengarang dari Surabaya  iaitu Ismore Rianto terdorong untuk menulis naskah drama radio berbahasa jawa dan disiarkan di sebuah radio amatir di Surabaya.

Bila munculnya drama berbahasa jawa di radio,keadaan ini memberikan ilham kepada penulis untuk mempublikasikan  karya-karyanya disurat khabar  berkala berbahasa jawa.Satu di antaranya ialah  “Kembang Katresnan” karya Sutarno Priyomarsano.Pada tahun 1970-an drama jawa ini dikatakan belum berkembang .Setelah itu,keadaan tersebut telah berubah ketika PKJT mengadakan sayembara penulisan naskah drama berbahasa jawa pada tahun 1979.Karya-karya tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.Antara contohnya:


a)Pengorbanan (Aryono KD)

b)Kali Ciliwung (Morch.Nursyahid P)

c)Omah warisan (Suryadi W.S)

Naskah-naskah drama berbahasa jawa relative masih banyak kelemahannya,terutama menyangkut teknik penggarapannya.Hal ini mungkin disebabkan pengarang umum adalah pengarang sastera dan bukannya  pengarang drama.Menurut Mochtar Hadi,penulis drama berbahasa kebanyakan  msih terpancang pada gambaran dari drama-drama karya Utuy(drama keluarga) atau gambaran Perang Gerilya melawan Belanda yang terbatas  pada markas atau rumah desa.Oleh sebab itu adengannya lebih kepada kemurungan,kemuraman,atau konflik yang dasarnya kurang kuat.

Jika mahu dibandingkan prosa atau puisi hingga dua dekad terakhir ini,perkembangan drama jawa moden jauh ketinggalan.Hal ini kerana tidak ada media yang mampu menampung dan menerbitkan naskah-naskah drama jawa moden.

 CERITA BERGAMBAR

Selain berkembangnya puisi dan prosa,berkembang pula genre Cergam atau Cerita Bergambar atau juga boleh disebut Komik.Genre ini merupakan hasil perpaduan antara seni sastera dan seni lukis.Genre ini dihasilkan bukan tanpa tujuan tetapi kerana setiap jenis sastera pada hakikatnya memiliki animo atau pembaca sendiri.fakta menunjukkan bahawa cerita bergambar digunakan sebagai salah satu rubrikandalan oleh berbagai majalah berbahasa jawa untuk menarik minat pembaca.Cerita bergambar memiliki keunikan yang tersendiri  dan menarik walaupun sebenarnya bukan barang baru bagi dun ia sastera jawa moden.

Cerita bergambar ini wujud pada tahun 1950-an.Setelah itu,hamper semua  majalah berbahasa jawa menampilkannya.Oleh kerana cerita bergambar ini selalu berisi humor ,cerita ini disebut komik pendek atau komik mini.


Drama: Bendahara Tepok (Antologi Madu Ilmu)
Karya: Shaharom Husain
Sinopsis
Drama “Bendahara Tepok”, iaitu karya Shharom Husain adalah karya yang mengisahkan suasana kecoh di Kota Melaka ketika serangan Angkatan Perang Portugis pada tahun 1511. Ketika itu, Sultan Mahmud syah dan keluarganya serta para pembesar berundur meninggalkan istana Melaka kemudiannya diikuti oleh sekaliannya iaitu Raja Ahmad, Khoja Ahmad termasuk juga Bendahara Tepok. Bendahara Tepok yang berkeras tidak mahu berundur walaupun keadaan kakinya yang tepok. Hal ini menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi untuk mempertahankan bumi Melaka.


Drama: Muzikal Kampung baru  (Antalogi Anak Global)

Drama Muzikal Kampung Baru merakamkan gambaran bagi masyarakat di Kampung Baru. Gulam Russel dan rakan-rakannya berhasrat merancang pelan pembangunan bagi membangunkan Kampung Baru secara menyeluruh lengkap dengan insfrastruktur serta agihan hartanah setelah ianya dibangunkan. Bagi memastikan pelan ini dapat berjalan dengan lancar mereka telah mengadakan usaha sama dengan pihak kerajaan disamping pihak berkuasa bandar raya tentang aspek ekonomi, sosial dan perundangan Kampung Baru. Walaubagaimanapun, cadangan yang dikemukakan ini mendapat reaksi daripada berbeza daripada penduduk sama ada yang bersetuju atau yang menentang. Gulam Russel dan rakan-rakan tidak mudah mengalah walaupun mendapat tentangan daripada Haji Palawan yang begitu lantang menentang pembangunan Kampung Baru. Manakala ada juga pihak yang lebih mementingkan keuntungan diri semata-mata. Drama garapan hasil penulis skrip terkenal, Hatta Azad Khan telah memenangi tempat kedua dalam Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas Sempena Perayaan Jubli Emas di Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini merupakan kritikan dramatis yang dilemparkan kepada golongan berwajib yang gagal menjalankan tugas yang diamanahkan.

Drama: Dongeng Sang Puteri (Antalogi Anak Global)

Drama dongeng Sang Puteri menceritakan tentang kisah hidup seorang puteri yang terbuang setelah ibunya diusir dari istana. Kehidupan puteri sangat daif sekali bertemankan Nenek Kebayan dan juga sahabatnya, Mamat. Pada masa yang sama, Tengku Mahmud amat merindui puterinya dan berhajat untuk mencarinya. Baginda telah mengarahkan Putera Zainal Abidin yang merupakan orang suruhannya untuk mencari Puteri Lelawati Ayu. Tengku Mahmud telah datang bertemu dengan puteri dan menceritakan bahawa puteri merupakan anaknya yang telah hilang sejak 18 tahun dahulu. Namun puteri telah menyangkal dakwaan tersebut. Persoalan tersebut hanya mampu dijawab oleh nenek kebayan kerana dia mengetahui akan segala rahsia mengenai puteri. Puteri telah meminta kepastian daripada kebayan akan salah silah keturunanya namun tidak dapat diceritakan kerana pada ketika itu istana telah menitahkan Kebayan untuk menghadap. Ketika Kebayan dan Puteri berdua-duaan sambil menganyam, Kebayan telah menceritakan sejarah hidup bondanya yang telah berkahwin dengan Tengku Mahmud. Walaubagaimanapun, bondanya telah dihalau setelah diketahui bahawa dia bekerja sebagai penari nite club. Tengku Mahmud tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia merupakan arahan daripada pihak atasan istana. Tanpa disedari, Tengku Mahmud telah datang menemui Kebayan dan Puteri untuk mengajak mereka ikut kembali ke istana. Namun, Kebayan telah bersumpah tidak akan menjejakkan kaki ke rumah Besar tersebut namun dia tidak melarang sekiranya Puteri ingin tinggal di Rumah Besar. Puteri bertegas akan mengikut Kebayan. Tengku Mahmud sekali lagi telah gagal memujuk mereka berdua untuk kembali ke Rumah Besar lalu meminta diri untuk pulang. Tidak lama  kemudian, datang Mamat membawa khabar bahawa Putera ingin berjumpa. Puteri berasa hairan kenapa dia telah dibawa ke Rumah Besar. Mamat menceritakan hal yang sebenar bahawa Tengku Mahmud sedang nazak kerana penyakit Leukimea.

Drama: Menggapai Pelangi (Antalogi Anak Global)

Drama Menggapai Pelangi hasil karya Taha Abd Kadir memaparkan satu kisah pengorbanan kehidupan antara dua watak iaitu Imran dan juga Norasma. Kisah ini bermula apabila Imran telah menerima panggilan telefon dari Norasma yang merupakan temannya. Walaubagaimanapun, mereka telah terpisah setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta. Norasma telah hilang ingatan dan telah dibawa berubat secara tradisional di Selatan Siam oleh ayahnya. Panggilan telefon dari Norasma telah membuatkan Imran teringat akan janjinya suatu ketika dahulu untuk mengambil Norasma sebagai isterinya. Adalah suatu perkara yang mustahil untuk mengambil Norasma sebagai isterinya kerana Imran telah berkahwin dengan Norhayati yang merupakan seorang guru. Mereka telah dikurniakan seorang anak dan bakal menerima seorang lagi cahaya mata. Fikiran Imran bercelaru sehingga memberi kesan kepada prestasi kerjanya. Zahid selaku ketua dan rakannya telah menegur supaya memberi fokus kepada kerjaya. Situasi tersebut juga telah membawa suasana dingin dalam keluarga Imran. Norhayati sedih akan sikap suaminya yang semakin murung. Pada suatu hari, Imran telah menceritakan segala-galanya kepada isterinya. Norhayati mendengar dan merelakan permintaan suaminya walaupun sukar untuk diterima. Imran telah bertemu dengan Norasma bagi membincangkan masalah tersebut. Norasma telah menolak lamaran Imran kerana dia merasakan seolah-olah menggapai pelangi. Malah, dia juga tidak mahu melukakan hati Norhayati. Atas dorongan dan nasihat daripada Zahid, akhirnya Imram membatalkan niatnya untuk menikahi Norasma. Norasma telah mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah. Berita tersebut telah mengejutkan serta mengundang perasaan terharu Norhayati.        

Drama: Lima Perwira (Antologi madu Ilmu
Karya: Kala Dewata
Sinopsis
Mengisahkan kegagahan dan keperwiraan pemuda-pemuda pada zaman kegemilangan yang telah berlalu. Keseluruhan isi cerita drama ini berlaku di atas sebuah kapal lanun yang bernama “Samudera Buas” iaitu di suatu ruang tempat kelasi-kelasi kapal itu berjaga. Namun bagaimanapun segala kegagahan dan keperwiraan ditunjukkan dan akhirnya lima perwira iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan juga Hang Lekiu dapat mematahkan lanun-lanun yang cuba menguasai laut Melaka.

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam