BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Monday 25 April 2011

CERPEN INDONESIA



KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

PENGENALAN

Kesusasteraan dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi, budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian ilmu, termasuk sains sosia, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.


JENIS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN


            Kesusasteraan melayu moden adalah karya-karya yang dianggap mempunyai ciri-ciri sastera mengikut ukuran barat dan universal.Pada peringkat awal mamanglah pengarang-pengarang tidak menyedari atau memahami hakikat sastera.A kan tetapi apabila masyarakat bertambah maju muncullah pengarang-pengarang yang mengambil berat mutu-mutu karya mereka.

            Novel,sajak,cerpen dan drama adalah genre sastera yang bermodelkan genre-genre sastera barat. MUHAMMAD AFFENDI HASSAN menyebut bahawa karya-karya sastera melayu moden adalah karya-karya tiruan.Walaupun pendapat MUHAMMAD AFFENDI HASSAN ITU ADA benarnya,ini tidak  bermakna karya-karya melayu moden tidak asli.Yang ditiru adalah bentuk secara keseluruhan.Sastera melayu moden tetap asli dilihat dari aspek gaya,isi dan aneka teknik yang dikemukakan oleh penulis.

            Kesusasteraan melayu moden,sama ada di malaysia atau indonesia bermula dengan abdullah munsyi (1796-1854). Pad tahun 1838 terbitlah kisah pelayaran Abdullah munsyi karyanya dalam beberapa hal telah membawa pembaharuan serta begitu menyumbang daripada tradisi satera sebelunnya. Zubir Usman dalam bukunya kesusasteraan melayu indonesia menyebut , Abdullah munsyi sebagai pengarang melayu pertama keluar daripada kebiasaan yang melanggar dan mematahkan tradisi sastera yang sudah turun temurun memalingkan penanya daripada menceritakan kisah-kisah ghaib atau khayalan.Kesusasteraan melayu moden terbahagi kepada novel,drama,sajak,biografi dan kritikan sastera.




0 comments:

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam