Ucapan Aluan
Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ, Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم
ようこそ, Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم
Link
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu
Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu
Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:
1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik
Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu
Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:
1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik
RENUNG-RENUNGKAN..
Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...
Followers
Peta Online




















































Novel
KESUSASTERAAN MODEN INDONESIA
1.0 NOVEL
Sastera Indonesia moden terutama pasca-reformasi merupakan era yang paling gemilang dan luar biasa dalam sejarahnya.Kegemilangan ini pastinya didukung oleh angkatan sasterawan zaman itu yang berperanan dalam membela kebenaran, kejujuran, keadilan dan nilai-nilai kemanusiaan. Malah, perjuangan ini pastinya demi meningkatan moral, keluhuran budi dan peri kemanusiaan dalam kehidupan masyarakat sejagatnya.Selain itu, sasterawan zaman moden ini juga tidak terikat dengan mana-mana pihak melainkan untuk kebenaran.
Novel-novel kesusasteraan moden Indonesia ini muncul pada tahun 20-an apabila Balai Pustaka menerbitkan novel yang antaranya ialah Azab dan Sengsara karya Merari Siregar (1920), Sitti Nurbaya karya Marah Rusli (1922), Salah Asuhan karya Abdul Muis (1928), Salah Pilih karya Nur Sutan Iskandar (1928) dan lain-lain lagi.
Biasanya dalam sesebuah cerita mahupun novel khususnya, terdapat watak dan perwatakan(tokoh), plot cerita, tema dan latar cerita. Sesebuah karya novel juga mengungkapkan unsur-unsur secara lebih mendalam. Oleh hal yang demikian, perkembangan watak, pengungkapan tema, dan huraian mengenai sesuatu latar cerita itu berlaku secara bertahap. Malah, ianya secara terperinci dan jelas.
Karya sastera yang bersifat novel terutamanya dianggap sebagai karya bertulis yang bersumberkan fakta yang terjadi dalam kehidupan reality mahupun imaginasi penulis. Penulisan sesebuah karya yang dibuat mungkin kerana hobi semata-mata, mengalami peristiwa yang mempunyai nilai keistimewaan sendiri atau pengaruh persekitaran yang dianggap dapat dijadikan teladan mahupun sebagai kenang-kenangan.
Novel Sitti Nurbaya karya Marah Rusli misalnya merupakan rekaan kehidupan yang berlaku pada zamannya. Sitti Nurbaya, Samsulbahri atau Datuk Meringgih adalah watak-watak rekaan yang tidak wujud dalam alam reality. Namun, perwatakan watak-watak tersebut yang digambarkan seperti keserakahan, kepahlawanan, kesetiaan dan pengorbanan berlaku seperti di dalam kehidupan reality kerana itu adalah sifat semulajadi manusia.
Bagi novel Senja di Jakarta karya Mohtar Lubis pula, novel ini dianggap sebagai karya ‘rekaan dan reality’ dalam kehidupan social yang berlaku pada tahun 1950-an. Pengarang menjadikan peristiwa yang dialaminya sebagai sebuah novel bagi menggambarkan kepincangan social dan keburukan moral para pemerintah.Keadaan ini juga menjadikan karya sastera dianggap sebagai dokumen social. Mohctar Lubis juga menggambarkan peristiwa yang berlaku pada masa itu sebagai karya rekaan. Dengan ini fakta dalam kehidupan menjadi fiksi dan dijadikan karya sastera. Kenyataan ini mengalami rekaan berdasarkan imaginasi pengarang.
Hal ini berlainan pula dengan novel Perjalanan ke Akhirat karya Djamil Suherman yang menggambarkan dunia selepas kematiaan adalah ‘rekaan’ dan mungkin juga ‘ramalan’ dalam erti kepercayaan bahawa setelah berlaku kematian akan ada dunia lain yang disebut akhirat. Pengalaman yang ditonjolkan oleh pengarang adalah pengalaman tidak langsung berdasarkan kepercyaan agama dan kisah-kisah dalam kitab suci.
1.1 NOVEL BERBENTUK SERIUS DAN POPULAR
Novel Indonesia juga terbahagi kepada dua iaitu novel serius dan novel popular.Bagi novel yang dikategorikan sebagai novel popular, bahan bacaannya berbentuk positif dan negatif. Biasanya ia bersifat komersial dan ditujukan kepada pelbagai lapisan masyarakat dimana elemen hiburan banyak diselitkan didalamnya.
Akibat unsure hiburan banyak ditonjolkan, maka unsure lain dilupakan. Penekanan sedemikian menyebabkan pengarang lebih mencari publisiti murahan, bahkan lebih cenderung mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan.Malah, novel-novel yang mengeksploitasikan pornografi misalnya,adalah termasuk dalam jenis novel popular yang negative dimana ianya menampilkan hiburan yang bermutu rendah.
Antara ciri-ciri yang terdapat pada novel popular umumnya adalah menampilkan watak-watak yng tidak jelas identity tradisi budayanya. Hal ini dapat dilihat pada nama wataknya, contohnya seperti Fredy, Sisca, Frans, Boy, Vera, Tommy, atau Yance. Nama-nama ini tidak sesuai untuk budaya kampong atau daerah di wilayah Indonesia.. Maka ini menunjukkan indetiti watak-watak ini sinonim dengan kehidupan bandarraya yang lebih moden. Umumnya, novel popular ini banyak bertemakan percintaan remaja yang masih berada di alam persekolahan dan golongan mahasiswa. Hal ini memberi gambaran konflik yang muncul pada watak-watak tersebut berkisar pada masalah sosial seperti perebutan kekasih, masalah rumah tangga atau persoalan-persoalan yang remeh-temeh di sekitar usia muda.
Manakala dari segi latar tempat dan masa, novel popular lebih cenderung menampilkan latar kontemporari(sezaman) yang menampilkan peristiwa yang actual(benar-benar. Hal ini menunjukkan latar dalam novel popular akan berubah mengikut zamannya. Novel Cintaku di Kampus Biru berlatarkan dunia kampus dan Ali Topan Anak Jalanan berlatarkan dunia SMA merupakan contoh latar novel popular yang berubah suai dengan tahap zamannya. Sebelum itu, novel-novel tahun 1970-an karya Motinggo Busye, Ali Shahab dan Abdullah Harahap menampilkan masalah domestic dengan latar kehidupan masalah rumah tangga.
Ciri lain yang cukup menonjol dalam novel popular adalah menampilkan watak-watak yang stereotype. Watak ibu tiri misalnya akan menampilkan perwatakan pilih kasih, kejam, prejudis(berprasangka buruk), munafik dan pelbagai sifat keburukannya lagi. Watak remaja pula menampilkan perwatakan huru-hara, berebut kekasih dan bersukaria. Tetapi dalam kenyataannya, tidak semua ibu tiri berperwatakan buruk seperti itu dan begitu juga dengan perwatakan remaja. Ini menunjukkan pembaca akan memperoleh pelbagai gambaran yang khas, unik, dan berlainan dengan kebiasaannya.
Dalam hal ini, perasaan pembaca dimanfaat dan dieksploitasikan agar pembaca seolah-olah menjadi sebahagian watak-watak yang digambarkan. Pengarang juga memberikan gambaran jelas dan pembaca tidak berpeluang untuk membuat penafsiran lain. Keadaaan ini tidak merangsangkan pemikiran pembaca untuk berfikir. Oleh itu, novel popular ini dikatakan tidak berilmu pengetahuan dan lebih ditujukan kepada suri rumah atau remaja dan bukannya untuk untuk mereka yang terpelajar.
Manakala dalam novel serius pula, pembaca digalakkan untuk berfikir dan banyak diberikan amanat serta pengajaran oleh pengarangnya. Tema cerita yang rumit, watak-watak yang mengalami pelbagai konflik dan persoalan yang disajikan rumit sehingga penyelesaiannya mungkin tiada. Selain itu, hubunagan antara tema, latar, watak, dan plot memperlihatkan kesepaduan. Hal ini menyebabkan setiap unsurnya menonjol secara fungsional.
1.2 SUDUT PANDANGAN PENCERITAAN
Dalam menyampaikan cerita, pengarang dapat menggunakan sudut pandangan melalui pencerita. Dalam hal ini, pencerita tidak sama dengan pengarang. Pencerita adalah watak yang menyampaikan cerita yang dapat dilakukan melalui pencerita orang pertama (aku) atau orang ketiga (dia). Oleh itu, pencerita dapat membezakan siapa penceritanya.
Berdasarkan novel Atheis karya Achdiat Karta Mihardja, pencerita watak ‘saya’ yang bertemu dengan watak Hassan yang menyampaikan naskah autobiografinya. Watak ‘saya’ termasuk dalam pencerita orang pertama kerana tidak terlibat langsung dens\gan pelbagai peristiwa yang dialami oleh watak Hassan. Sedangkan watak ‘aku’ secara tidak langsung adalah watak Hassan yang menyampaikan kisah hidupnya seperti mana yang terdapat dalam autobiografinya.
1.3 CERITA BERBINGKAI DALAM NOVEL
Cerita berbingkai asalnya berasal pada sastera lisan. Hal ini kerana penyebarannya berkembang luas seiring dengan pengaruhnya.Dalam novel Indonesia, cerita berbingkai sering diguna pakai pengarang. Mungkin bentuk cerita itu yang mengilhamkan mereka atau mungkin juga sebagai usaha memperbaharui bentuk sastera dengan teknik yang lebih moden.
Sebagai contoh, karya Hamka dalam novelnya iaitu Di Bawah Lindungan Kaabah berbentuk pencerita ‘aku’. Tetapi novel ini menggunakan teknik cerita berbingkai dimana terdapat empat watak yang yang bertindak sebagai pencerita. Pertama, watak ‘saya’ yang menceritakan awal perkenalannya dengan watak utama, Hamid. Kedua, Hamid menceritakan kisah hidupnya sendiri. Ketiga, cerita watak Salleh dengan isterinya, Rosna yang berkawan baik dengan Zainab, kekasih Hamid. Keempat, Rosna yang menceritakan keadaan Zainab yang terlalu merindui Hamid. Di akhir cerita, watak ‘saya’ muncul kembali sebagai penutup perjalanan hidup Hamid. Jadi, watak ‘saya’ merupakan bingkai kisah novel tersebut.
Sinopsis Novel Dari Lembah Ke Puncak
Mengisahkan semangat juang seorang pemuda iaitu Jalil dalam menunaikan tanggungjawap sebagai seorang anak bagi mendapatkan hak tanah pusaka bapanya walaupun telah dijual oleh ibunya. Jalil telah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan bagi menunaikan janjinya terhadap ayah bagi mendapatkan semula tanah pusaka tersebut. Berkat usaha gigihnya, Jalil telah berjaya dalam hidupnya malah mampu membeli tanah pusaka ayahnya malah tanah kampungnya bagi membina sebuah taman tema. Jalil sangat berpuas hati dengan kejayaan yang telah dicapainya walaupun dia terpaksa mengorbankan masa remajanya.
Sinopsis Novel Jeriji Kasih
Novel ini memaparkan kisah perjuangan hidup seorang remaja bernama Anuariza yang cacat dan hidup susah. Dia dijadikan anak angkat oleh Tamrin dan Solihah dan mempunyai seorang adik bernama Azuera. Anuariza gigih belajar sehingga berjaya menjadi insan berguna. Namun demikian, keadaan hidupnya berubah apabila bapa saudaranya Syed Mustafa meminta dia membantu menyelesaikan masalah keluarga. Anuariza terpaksa berhadapan dengan Syed Fariz ,anak Syed Mustafa yang paling susah untuk diajar kerana kurang perhatian daripada bapanya. Namun akhirnya, semua kesusahan dan keperitan bertukar menjadi kegembiraan bagi dirinya apabila dia gigih mengubah nasibnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENDEKATAN KOMSAS
1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus
PENGERTIAN FILOLOGI
suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.
Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian
Etimologi
Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta
Filologi sebgai istilah
Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut
Tempat penyimpanan manuskrip
Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam