BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Saturday, 23 April 2011

INFO-INFO MENARIK

PERIHALKAN AMALAN BUDAYA MASA LAMPAU DALAM SESUATU KELOMPOK MASYARAKAT.
Budaya ziarah menziarahi merupakan satu amalan masyarakat melayu yang wujud dari dulu lagi sehingga kini.Budaya ini dikatakan dapat mengeratkan sesuatu perhubungan antara satu sama lain justeru dapat mengeratkan hubungan silaturahim ataupun hubungan kekeluargaan.Kebiasaannya budaya ziarah menziarahi ini dimulakan oleh masyarakat melayu yang sering berkunjung ke rumah-rumah jiran tetangga,saudara-mara atau sahabat handai.Amalan ziarah menziarahi ini biasanya dilakukan apabila seseorang itu ingin bertanyakan khabar kepada jiran tetangga mahupun saudara-mara atau mahu mengunjungi sahabat,jiran atau saudara-mara yang sakit.Bukan itu saja ,malah mereka juga menziarahi kerana untuk menghadiri majlis-majlis tertentu sebagai contoh kenduri-kendara,majlis perkahwinan,dan pelbagai lagi.Masyarakat melayu lama sangat mememtingkan perhubungan antara satu sama lain dan sangat mengambil berat di antara satu dengan yang lain.Namun begitu menjelang zaman moden Era Globalisasi dunia tanpa sempadan ini ,budaya ziarah menziarahi telah mula pudar dan tenggelam.Tidak hairanlah pada zaman ini kita selalu dengar keluhan yang mengatakan mereka tidak ada masa,banyak urusan penting dan pelbagai lagi alasan yang diberikan.Walaupun begitu,amalan ziarah menziarahi ini masih kekal lagi sehingga kini dan masih diamalkan oleh masyarakat.
Apabila wujudnya satu zaman yang baru atau dikenali sebagai zaman moden ini,maka serba sedikit ada sesuatu yang ditinggalkan dalam kelompok masyarakat tersebut.Kalau dahulu,mastarakat sering menziarahi bukan sekadar atas sebab-sebab tertentu tetapi mereka menziarahi kerana keikhlasan hati mereka untuk mengenali satu dengan yang lain dan juga mahu merapatkan sesuatu hubungan itu agar menjadi lebih erat sehinggakan tiada rasa perbezaan agama,bangsa mahupun keturunan.Tetapi segala yang diamalkan ini atau sudah menjadi kebiasaan dalam diri masyarakat dahulu ditinggalkan begitu sahaja.Semuanya disebabkan perubahan zaman yang mempengaruhi budaya masyarakat itu sendiri.Kebanyakan masyarakat pada zaman ini hanya melakukan ziarah atas sebab tertentu sahaja seperti jemputan majlis perkahwinan dan sebagainya.Itupun belum pasti lagi datang ke majlis jemputan tersebut.Bukan itu saja,malah masyarakat sekarang hanya akan menziarahi apabila diri mereka benar-benar mahukan pertolongan daripada seseorang itu,jika tidak,mereka tidak akan berkunjung ke rumah-rumah jiran mereka.
Unsur ziarah ini memang sudah terbentuk dalam kebudayaan itu sendiri.Tetapi berbeza dengan sekarang yang telah banyak berlaku perubahan seperti yang diperkatakan tadi.Kebiasaanya unsur yang terbentuk dalam kebudayaan itu sendiri dapat mengekalkan amalan ziarah ini.Memang sudah menjadi kewajipan umat islam untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama manusia di muka bumi ini.Namun apabila kita tinjau atau lihat sekarang,amalan ziarah pada masa dulu amat berbeza dengan sekarang.Dahulu,masyarakat datang ziarah secara ikhlas,disini bermaksud mereka tetap dating menziarah walaupun mereka tidak mampu memberi atau membawa buah tangan .Tetapi sekarang,mereka lebih memandang buah tangan itu sebagai aspek utama yang perlu ada sekiranya mahu menziara ke rumah-rumah jiran ataupun sahabat serta saudara-mara.Sekiranya tiada berbekalkan buah tangan maka mereka akan rasa  serba kekurangan dan malu untuk dating menziarahi terutama menziarahi orang yang sakit.Inilah unsure luar yang dibawa masuk dan masih diamalkan dan terikut oleh masyarakat zaman sekarang.
Unsur luar itu dibawa masuk pada masyarakat sekarang tetapi unsur tersebut tidak ditinggalkan.Unsur tersebut masih diamalkan oleh masyarakat sekarang dan kita sendiri pun masih mengamalkannya.Buah tangan ini pada pandangan masyarakat sekarang telah menjadi perkara yang paling utama dalam amalan ziarah dan menjadi perkara yang Paling penting ketika mahu menziarah bukannya keikhlasan hati yang lahir dalam diri setiap masyarakat tersebut.
Secara kesimpulannya,masyarakat melayu lama dengan mayarakat moden sekarang masih mengamalkan budaya yang sama iaitu amalan ziarah-menziarahi .Tetapi ada unsure-unsur budaya lama yang ditinggalkan bila menjelang zaman moden dan juga ada unsure-unsur asing yang dibawa masuk tetapi tidak ditinggalkan behitu sahaja.Secara ringkasnya amalan budaya inimasih berterusan walaupun berlaku seikit perubahan kesan daripada perkembangan dunia moden yang mempengaruhi masyarakat.

PERTEMUAN BANGSA KITA DENGAN BANGSA EROPAH
Sejak bangsa portugis yang berupa pelayar,saudagar,penyebar  agama,imperialis menjejakkan kakinya di negeri kita ini.pertemuan antara bangsa kita dan bangsa eropah makin rapat.pada abad ke-19 ,kekuasaan eropah mula bertambah meluas,ini menyebabkan orang eropaah mula membawa masuk kebudayaannya dalam susunan pemerintahan,hukm,perdagaangan,sekolah-sekolah,buku dan ilmu pengetahuan.


Dengan itu,ramai masyarakat yang bergiat dalam penulisan karya semakin hari semakin pupus bilangannya akibat penggulingan kuasa orang eropah terhadap golongan tersebut. Dengan itu juga melalui perubahan didalam masyarakat timbulnya puisi baru yang dipengaruhi oleh bahasa dan puisi eropah atau lebih sesuai disebut sebagai puisi Internasional.pada masa dahulu banyak diantara mereka yang menulis puisi dalam bahasa eropah.setelah mereka sedar akan perkara ini,maka mereka mula bergiat dalam menghasilkan kaarya dengan menggunakan bahasa sendiri.perjuangan yang terjadi dalam masyarakat menentang  pelbagai adat lama terasa sebagai belenggu oleh angkatan baru,terbayang dalam puisi sebagai perjuangan yang sengit untuk  melepaskan kebiasaan yang lama baik tentang isi mahupun tentang bentuk seperti sajak”RUSTAM EFFENDI”

     
Peribahasa
   Peribahasa merupakan satu bentuk pengucapan yang banyak kita jumpai dalam kesusasteraan lama, sebagai wakil cara berfikir bangsa kita di zaman lama itu pula. Perhubungan mereka yang rapat dengan sekelilingnya menimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutama ahli-ahli fikirnya pada waktu itu. Pada masa kini alat-alat moden seperti yang kita jumpai di abad ke-20 ini belum mereka kenal, maka sungai yang airnya mendesau dan  bergelora, lembah yang dalam dan curam, gunung, harimau, buaya, secara ringkasnya semua alat yang banyak mereka pergunakan  sehari-hari dan mereka jumpai sehari-hari menimbulkan kesan-kesan perbandingan bagi kehidupan mereka.

   Apabila kita mendalami atau menyelidik isi dan jiwa yang terkandung dalam peribahasa itu, banyak bahan yang dapat kita ambil dari segi sejarah, sosial, dan juga peri kehidupan mereka di zaman lampau itu. Dalam istilah atau definisi yang lain, peribahasa membawa maksud kata-kata yang dilontarkan oleh orang-orang melayu dahulu dengan bertujuan untuk memberi nasihat, pengajaran dan juga didikan. Kebiasaannya bahasa yang digunakan adalah berbentuk kiasan . Walaupun begitu terdapat juga kata-kata yang mudah difahami . Dalam peribahasa terdapat kata-kata bidalan. Sebagai contoh :“Pipinya bak pauh dilayang”.

Bukan bidalan saja yang terdapat atau terangkum di dalam peribahasa malah perumpamaan juga terdapat di dalamnya. Perumpamaan ini membawa maksud membandingkan atau mencontohkan sesuatu benda dengan benda yang lain. Terdapat juga tamsil di dalam peribahasa yang membawa maksud seakan sama seperti perumpamaan iaitu mencontohkan sesuatu benda dengan benda yang lain.

Tidak lupa juga bahawa petuah amanah turut terangkum di dalam peribahasa. Petuah amanah ini bermaksud pandangan yang menarik dan nasihat yang ingin disampaikan oleh oraang tua. Sebagai contohnya ialah : “Jika hendak menjadi baik, hendaklah menjaga akhlak”.

Terdapat juga pepatah pepitih di dalam peribahasa. Sebagai contoh ialah :
Ke bukit sama di daki
Ke lurah sama dituruni
Ke laut sama direnangi

Duduk seorang bersempit-sempitan
Duduk ramai berlapang-lapangan
Di sini kita dapat lihat beberapa contoh pepatah pepitih yang ada dalam masyarakat Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa buka masyarakat Melayu sahaja yang mempunyai pepatah pepitih ini kerana terdapat juga suku-suku kaum yang lain yang mempunyai pepatah pepitih ini. Anntaranya ialah suku kaum :
1.       Bajau
2.       Murut
3.       Jawa
4.       Dusun
5.       Iban
6.       Bugis.

PEPATAH MELAYU
MAKSUD
Ke bukit sama didaki
Ke lurah sama dituruni
Ke laut sama direnangi
Kita sebagai seorang manusia haruslah saling tolong-menolong antara satu dengan yang lain kerana kita semua merupakan makhluk Tuhan.
Duduk seorang bersempit-sempitan
Duduk sama berlapang-lapangan
Di mana kita sebagai manusia perlu menekankan semangat kerjasama atau muafakat  antara satu dengan yang lain.
Yang tua dimuliakan
Yang kecil dikasihi
Sama besar bawa berteman
Kita perlu menghormati orang yang lebih tua dan yang kecil harus kita kasihinya serta yang sama umur dengan kita jadikanlah teman atau sahabat.
Titian biasa lapuk
Janji biasa mungkir
Pantangan adat minangkabau
Janji seseorang yang tidak ditepati merupakan perkara yang paling dibenci oleh masyarakat terutama orang minagkabau
Percakapan siang pandang-pandang
Percakapan malam dengar-dengar
Sentiasa berhati-hati apabila ingin bertutur atau bercakap tentang orang lain kerana takut ada yang terluka atau terasa hati.
Ingat-ingat yang di atas
Kelak di bawah akan menimpa
Suatu nasihat agar seorang yang bekerja sebagai pegawai harus bertanggungjawab dan tidak sahaja ke pihak atasannya pun juga ke pihak rakyat.
Kemanakan beraja kepada mamak
Mamak beraja kepada penghulu
Penghulu beraja kepada muafakat
Muafakat dan musyawarah menjadi kekuasaan tertinggi bukan hak mutlak raja.
Musuh tak dicari-cari
Bertemu pantang dielakkan
Jika damai menjadi dasar hidup mereka, tetapi kalau berjumpa lawan setapak pantang dielakkan.
Tunggang hilang berani mati
Esa hilang dua terbilang
Sungguh mereka tidak inginkan persengketaan hanya kalau pihak lawan memancing-mancing juga  tak boleh bersikap memberikan pipi kiri kalau pipi kanan ditampar.
Duduk merautranjau
Tegak meninjau jarah
Dalam saat berbahaya itu parajurit harus berwaspada. Sedikit pun tidak boleh membuang waktu atau lengah.
Murah di mulut
Mahal di timbangan
Suatu cita-cita itu mudah tetapi praktis sukar dilaksanakan
Maksud hati memeluk gunung
Apa daya tangan tak sampai
Cita-cita besar sebesar gunung atau menggunung besarnya tetapi apa daya alat untuk menyampaikan itu hanya selingkar pelukan tangan.
Segan bergalah hanyut serantau
Untuk mengetahui di mana kampung halaman mereka,
Mandi di hilir-hilir
Berkata di bawah-bawah
Jangan meninggi diri
Penohok kawan seiring penggunting dalam lipatan
Orang yang culas yang tiada mempunyai rasa setiakawan
Cupak hanyut
Lonjak bagai labu dibenam
Orang yang pembawaannya sombong, bongkak,dan pongah
Air jernih
Ikannya jinak
Bila hendak menceritakan kampung yang gadisnya bersih-bersih, ramah-ramah.
Kalau air keruh ke hulu
Sampai muara keruh juga
Dalam Negara kalau pusat yang telah mulai dengan kekusutan lalu di bawah akan kusut juga
Raja adil disembah
Raja zalim disanggah
Bila mereka melihat tindak tanduk rajanya yang tidak adil dengan spontan mereka akan menyanggah rajanya
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Baik lagi di negeri sendiri
Walaubagaimanapun kita di negeri orang tetapi sikap cintakan negeri sendiri tetap ada dalam diri kita.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya dapat kita simpulkan disini bahawa peribahasa merupakan satu kata yang merangkumi pepatah, bidalan, ungkapan, petuah amanah dan banyak lagi. Namun begitu setiap kaum atau masyarakat mempunyai pepatah, bidalan atau peribahasa sendiri yang diungkapkan melalui bahasanya yang tersendiri di dalam majlis-majlis tertentu seperti keramaian atau perkahwinan. Maka kita haruslah mengekalkannya supaya tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kita sepatutnya bangga dengan diri kita kerana mempunyai peribahasa atau kata-kata yang bertujuan memberi didikan, pengajaran, sindiran dan pelbagai lagi dengan menggunakan bahasa yang cantik.
Rujukan
Dato Dr Mohd Rosli Saludin, “Puisi melayu Tradisional”. 2007 :Goal Intelligent Publishing sdn.bhd Bukit Mertajam, Penang.
Dato Dr Mohd Rosli Saludin, “Teromba”. 2009 :Karisma Publications sdn bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ghazali Dunia, “Sastera melayu Lama” :Fajar Bakti, Kuala Lumpur.
Dr Ismail Hamid, “Perkembangan Kesusasteraan Melayu lama. 1987 : Longman, Malaysia sdn.bhd, Petaling jaya, Selangor Darul Ehsan.

0 comments:

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam