BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Teori Sastera

 
 
TEORI ERA BARAT

Teori Aristotle Mengenai Struktur Karya Sastera.

Berdasarkan buku aristotle yang berjudul Poetika, yang ditulis pada sekitar tahun 340 sebelum masihi.Aristotle meletakkan satu dasar yang kuat untuk pandangan yang menganggap karta sastera sebagai struktur yang autonomi.masalah-masalah struktur karya sastera dibicarakannya dalam rangkap perbahasan tragedi, khususnya dalam fasal-fasal mengenai plot.Menurut pandangan Aristotle dalam tragedi Action, tindakan, bukan charakter, watak yang terpenting.

Kebiasaannya efek tragedi dihasilkan oleh aksi plotnya dan untuk menghasilkan efek yang baik plot harus mempunyai keseluruhan Wholeness.Manakala order beerti urutan dan aturan.Urutan aksi harus teratur dan harus juga menunjukkan konsekuensi dan konsistensi yang masuk akal.Unity pula bermaksud bahwa semua unsur dalam plot harus ada dan ianya tidak boleh bertukar tempat tanpa mengacaukan ataupun membinasakan keseluruhan cerita.Aristotle ada menyatakan bahawa aturan atau susunan plot  yang masuk akal adalah syarat utama khususnya untuk tragedi tetapi syarat yang sama pada prinsipnya berlaku pula untuk epik  dan juga untuk seni.

Konsep aristotle  mengenai Wholness, unity dan seluruh plot tidak pernah menghilang lagi dari dunia sastera barat  dan dipegang dengan cukup baik oleh penulis mahupun oleh pembaca barat sebagai  kesepakatan atau kesatuan dasar seni sastera.Ada yang mengatakan kemungkinan bahawa, pembaca dan ahli teori sastera barat bahawa kesatuan dan kesepakatan ini dianggap sesuatu yang wajar,alamiah ataupun bersifat universal iaitu bersifat meluas.


Teori Plato Mengenai Mimesis
Dalam bidang ilmu sastera barat walaubagaimanapun kita harus bermula dengan falsafah Plato dan muridnya Aristotle yang sekaligus menjadi lawannya .Secara keseluruhannya banyak tulisan mengenai teori sastera sukar difahami kalau kita tidak tahu sedikit sebanyak mengenai diskusi yang diadakan dahulu pada beberapa ribu tahun yang lalu.


Dalam diskusi itu,plato dengan panjang lebarnya memaparkan peranan puisi  iaitu khususnya dalam hubungannya dengan kenyataan di dalam beberapa sudut dalam karya-karyanya.Namun begitu, pandangan plato tidak dapat dilepaskan daripada keseluruhan pendirian falsafahnya mengenai kenyataan yang bersifat hierarki.Menurut plato, mimesis terikat pada idea pendekatan  dan ianya tidak mewnghasilkan salina yang sungguh-sungguh .Menurut plato lagi, mimesis atau saranan artistik tidak mungkin mengacu langsung  pada nilai- nilai yang ideal kerana menurutnya lagi seni itu terpisah daripada tataran.Tetapi dalam keadaan ini,ianya tidak beerti bahawa seni itu sama sekali kehilangan nilai sebenarnya.

Plato amat percaya bahawa seniman diilhami  oleh dewi keindahan tetapi manusaia tidak sanggup melaksanakan ilham itu secara tepat.Maka dengan itu, plato mengatakan bahawa seni itu mempunyai dua segi sekali gus.Baginya, tidak ada pertentangan antara realisme dan  idealisme dalam seni.dari segi ini, kepandaian seorang tukang dapat dinilai lebih tinggi lagi berbanding dengan seorang seniman.Hal ini kerana tukang yang baik pada prinsipnya lebih cekap meniru idea yang mutlak dalam benda-benda yang diciptakannya daripada seniman.

Aristotle Menyanggah Plato
Anggapan terakhir oleh Aristotle telah ditentang dan disanggah dengan pandangan bahawa seni itu menyucikan jiwa manusia.Karya seni juga memungkinkan kita membebaskan diri daripada nafsu yang rendah.Aristotle telah menolak pendaapat plato Aristotle yang tidak menerima falsafah idea plato ini telah menimbulkan aspek yang positif daripada mimesis.Seniman memcipta dunianya sendiri dengan probability yang memaksa.Apa yang terjadi dalam ciptaan seorang seniman semuanya masuk atau diterima oleh akal fikiran .Dengan itu baagi pandangan aristotle, bahawa seniman itu merupakan seseorang yang lebih tinggi nilai karyanya daripada seorang tukang.

Visi aristotle dalam sejarah kebudayaan barat umumnya diterima dan menjadi dasar estetik dan falsafah seni.Menurut aristotle, karya seni menjadi saranan pengetahuan yang khas , cara yang unik untuk membayangkan pemahaman tentang aspek atau tahap situasi manusia yang tidak dapat diungkapkan dan dikomunikasikan dengan jalan lain.


Alam dan Seni Dalam Pelbagai Kebudayaan
Visi aristotle dalam sejarah kebudayaan barat umumnya diterima dan menjadi dasar estetik dan falsafah seni.tetapi hal ini tidak bermakna bahawa pandangan tentang seni sebagai mimesis dalam erti peniruan hilang.Dalam sejarah kebudayaan barat hubungan antara seni dengan kenyataan tetap menjadi masalah yang cukup sensitif.Dalam puisi jawa kuno, khususnya dalam kakawin, asoek mimetik, peneladanan alam oleh penyair amat kuat sekali.Dari sini kita dapat lihat bahawa penyair sendiri yang sebahagian besar mencari ilham dalam keindahan alam dalam erti yang luas.


SATU ANALISIS DARI SUDUT PSIKOANALISIS LACAN
Oleh:
MOHD AZREIN BIN ABBAS

1. Pendahuluan
Pergolakan jiwa manusia sering kali terpancar dan terpantul akibat daripada keresahan dan kegusaran melalui peristiwa-peristiwa yang melanda dalam kehidupan dan ada kalanya mencabar kewibawaan manusia yang harus berdepan dengan diri mereka yang sebenar (real) dan yang tercipta secara imejan mahupun simbolik, dalam keadaan bawah sedar.


Pengaruh bawah sedar telah menjadi bahawa perbincangan ahli teori sejak sekian lama. Frued menteorikan bahawa manusia didorong oleh keinginan (desire) dan keseronokan (pleasure) dalam melakukan sesuatu perkara, termasuk berkarya dan didorong oleh tiga kuasa dalam diri iaitu id, ego dan superego (Roger Webster,1996:88). Lacan memasuki fikiran alam bawah sedar manusia, menghubungkan penggunaan bahasa dengan perlambangan dan simbol. Bawah sedar manusia distrukturkan seperti biasa; itulah prinsip penting Lacan. Dalam bukunya The Four Fundamental Concepts of Psychoanalysis (1979), beliau menjelaskan beberapa konsep tentang teorinya seperti konsep subjek, imejan, keinginan, nafsu, yang nyata, yang lain, simbol, dan sebagainya yang behubungan dengan kejiwaan tidak sedar meninggalkan konsep kesatuan, hubungan, mandiri, dan pemusatan strukturalisme dan melupakan enam kod semiotik. Lacan amat tertarik dengan konsep Perulangan Struktur yang sekaligus mendekatkan dirinya dengan kajian strukturalisme. Dalam perulangan struktur itulah terwajah struktur keinginan, harapan, nafsu dan sebagainya.


2. Tujuan
2.1 Perbincangan ini bertujuan untuk menganalisis minda bawah sedar watak-watak
yang teradapat dalam Novel Su Lijah.
2.2 Menghubungkaitkan minda bawah sedar watak-watak dengan menggunakan prinsip
Psikoanalisis Lacan.
2.3 Tujuan yang ketiga untuk melihat sejauh mana karya dapat diaplikasikan kepada teori
psikoanalisis Lacan.




3. Pemikiran Bawah Sedar Dalam Perspektif Psikoanalisis Lacan
Jacques Lacan menghasilkan teori beliau dengan menggabungkan teori Psikoanalisis yang dicipta oleh Sigmund Freud dan teori Strukturalisme yang diasaskan oleh Ferdinand de Saussure. Dengan gabungan unsur bawah sedar (Freud) dan struktur dalam bahasa (Saussure), Lacan telah menghasilkan atau mengasaskan teori beliau melalui satu gagasan iaitu gagasan unconscious structured like a language atau bawah sedar terstruktur seperti sebuah bahasa. Melalui gagasan ini, menurut Lacan, (dlm.Mana Sikana,2005) membawa pandangan bahawa kita sebenarnya boleh mendampingi, menganalisis, dan mencari makna kepada bawah sedar kerana ia mempunyai sistem, terstruktur dan tersusun seperti bahasa. Lantas unsur bawah sedar itu juga merupakan manifestasi bahasa.


Dalam usaha melahirkan teori beliau, Lacan (dlm Mana Sikana,2005) telah membuat modifikasi dan tafsiran semula terhadap konsep mimpi yang mendasari teori psikoanalisis Freud. Teori beliau beranggapan bahawa dalam kehidupan, Manusia digerakkan oleh id iaitu desire atau keinginan/nafsu untuk keseronokan. Id sering kali mendorong manusia ke arah keinginan yang bersifat hedonistik iaitu libido. Semasa mengendalikan keinginan ini, jiwa manusia sering bergejolak untuk mendapatkan pertimbangan dan kawalan melalui ego yang memainkan peranannya berlandaskan unsur-unsur rasional dan superego yang memainkan peranaannya berlandaskan unsur-unsur moral. Secara amnya, keinginan, pertimbangan dan kawalan berlaku dalam tiga ruang atau kawasan iaitu kawasan sedar, pra-sedar dan bawah sedar. Sekiranya berlaku perbalahan di antara ego dan superego, maka manusia akan berada dalam keadaan resah/cemas atau anxiety dan ini dilalui dalam pengalaman bawah sedar.


Teori freud berpusat kepada kompleks Oedipus di mana seorang anaak terpaksa menggunakan suppressive mechanism apabila keinginan libido terhadap ibunya terganggu atau diancam dengan keberadaan saingan dari ayahnya sebagai unsur yang menghalang atau unsur yang berkuasa menentukan undang-undang/larangan. Keadaan ini dimengertikan melalui konsep perlambangan yang terdapat pada phallus. Freud melihat ‘ayah’ dari sudut biologikal, manakala Lacan membuar modifikasi dan menjadikan ‘ayah’ sebagai objek yang mempunyai fungsi simbolik iaitu figure yang mengekang dorongan keseronokan anak tersebut.Lacan, (dlm.Mana Sikana,2005)


Menurut Freud,(dlm.Umar Junus,1989) pengalaman bawah sedar wujud sebelum bahasa memainkan peranannya, namun Lacan berpendapat bahawa pengalaman bawah sedar wujud serentak dengan kewujudan bahasa. Lacan melihat bahasa sebagai sebuah wacana di mana manusia sebagai subjek, boleh menempatkan posisinya. Beliau juga menyatakan bahawa bahasa membolehkan individu mengenali dirinya, persekitarannya, lingkungan sosialnya justeru membentuk identitinya. Ini terhasil dengan gabungan gagasan Saussure tentang bahasa dan perlambangan. Menurut Saussure, bahasa mempunyai unsur yang mempunyai hubungan antara satu sama lain dan hubungan ini membawa makna serta pemakanan dan pada akhirnya akan membawa satu kesatuan makna atau Wholeness.\



Menurut Saussure (dlm.Mana Sikana,2005) melalui konsep sign, signifier, signified iaitu tanda, penanda, dan petanda yang diasaskan Saussure, Lacan telah membentuk konsep imejan, simbolik dan real yang merangkumi tingkatan perkembangan manusia.Menurut Lacan, makna yang ada pada suatu objek boleh dipindahkan kepada objek yang lain seperti penggunaan metafora dan metonimi dalam bahasa. Bermula daripada peringkat pemerolehan bahasa, manusia membentuk konsep diri mereka melalui imejan, simbolik dan real.


3.1 Imejan
Bagi memahami teori ini, Lacan (dlm. Mana Sikana,2005) menggunakan contoh iaitu seorang bayi yang merenung wajahnya di dalam cermin (penanda) akan melihat dirinya di dalam cermin itu melalui hubungan imejan; iaitu imej di dalam cermin itu boleh menjadi dirinya dan bukan dirinya. Anak itu masih lagi tercari-cari dirinya dan cuba mengenalpasti dirinya dengan membezakan antara subjek dengan objek. Imej atau bayangan dalam cermin itu juga menjadi petanda yang membawa makna diri anak itu. Menurut Lacan, yang diulas oleh Eagleton (1988:183) sebelum anak itu memasuki ruang simbolik melalui perolehan bahasa, dia berupaya memasuki beberapa tahap cermin melalui ruang imejan. Dia dapat mengecam imejnya dan menyatukan dirinya dengan imej tersebut melalui satu proses indentifikasi. Dalam tahap ini, anak tersebut mula mencipta semacam ilusi yang menunjukkan pengalaman beliau mengawal dirinya dan keadaan sekeliling. Hal ini demikiannya menghasilkan hubungan imejan di antara dirinya dengan imej yang dilihatnya. Anak itu melihat persamaan antara imej yang tercipta dengan dirinya sendiri dan ini memberikan persepsi kepadanya bahawa imej itu serupa dengan dirinya sebagai subjek (Self-identifical).


Namun, untuk mencapai distinktif yang menyeluruh ke atas konsep dirinya, subjek harus masuk ke ruang simbolik di mana identifikasi dirinya terletak pada perbezaan (difference) lebih daripada keserupaan (self-identificality). Bahasa yang terbentuk dalam sebuah sistem perbezaan (system of difference), dapat mangatikulasikan identiti dan membentuk posisi kepada subjek. Oleh itu bahasa merupakan unsur penting yang dapat memasukkan subjek itu ke dalam ruang.simbolik; di mana ia dapat meletakkan posisinya sebagai subjek melalui kalimah ‘saya’. Dan kalimah ‘saaya’ inilah yang membezakan dirinya daripada ‘the other’. Dalam penerokaan subjek untuk mencari posisinya, ia harus akur akan posisi-posisi tertentu yang telah pun terbentuk melalui bahasa, yang mana perkara ini adalah di luar kawalannya. Konsep keseluruhan pada subjek juga ditakrif oleh hukum-hukum, undang-undang dan larangan-larangan yang terbentuk dalam budaya manusia. Lacan, (dlm.Mana Sikana,2005)


3.2 Simbol
Simbol ini suatu fasa yang penuh dengan tanda-tanda. Susunan simbolis dimasuki mengikut jalur perkembangan bahasa kanak-kanak. Dan dengan bahasa itu pula kemudiannya memasuki dunia sosial, ertinya anak-anak terus memasuki dunia sosial dengan penguasaan bahasa beransur-ansur. Pada mulanya, ia menguasai simbolik tentang dirinya, tetapi setelah menguasai gender, ia mula menguasai subjek diri, mula juga menguasai cara memahami sesuatu, malah mula belajar menganggap. Perlahan-lahan kanak-kanak itu memasuki susunan simbolik atau symbolic order. Susunan simbolik kembali kepada sistem struktur yang sedia ada seperti kelahiran, kekerabatan, gender dan bahasa yang menjadi faktor pengembang. Identiti yang terbina di peringkat dikonstruksi pula oleh susunan simbolik, ia mula kenal hubungan antara emak dan anak, emak dan ayah dan anak dengan ayah dan seterusnya. Lacan, (dlm.Mana Sikana,2005)




Pandangan Lacan tentang susunan simbolik itu membentuk teori sasteranya. Dunia simbolik adalah dunia bawah sedar, lalu mengaitkannya dengan pemikiran bawah sedar, meneliti aspek bahasa, pembentukan subjek, struktur keingunan dan makna yang terukir di sebalik fahaman terhadap imej dan gejolak bawah sedar itu. Aspek the other, the real dalam teks dan tekstualisme juga menjadi medan analisis.


3.3 Real
Konsep real dapat difahami melalui pemahaman kita terhadap pergerakan daripada suatu penanda kepada penanda yang lain secara tidak terputus-putus. Ini adalah struktur keinginan. Manusia menghadapi dunia realnya dengan susunan keinginan yang datang talu bertalu, ada saja yang diinginkan ada saja yang diperjuangkan dan ada saja yang hendak dipuaskan. Dalam tahap real atau nyatanya, tidak semua apa yang diperjuangkan itu akan berhasil. Dalam tahap real atau nyata, seperti juga penggunaan bahasa kita harus melakukan penyisihan. Hati kita harus dipuaskan dengan penyisihan atau dengan objek-objek gantian. Dalam dunia real akan menemui dunia kekosongan. Aspek ini adalah suatu analogi yang penting dalam kajian sastera Lacan. (dlm.Mana Sikana,2005)


4. Analisis watak-watak dalam novel Su Lijah dari perspektif Psikoanalisis Lacan.
4.1 Sinopsis
Novel Su Lijah ini adalah di antara sekelompok karya seni yang merakam kisah gelodak jiwa seorang wanita.menunggu. sampai bila dia harus menunggu? Begitulah Su Lijah, wanita cantik yang pernah menjadi impian setiap lelaki. Dugaan demi dugaan datang menghimpit dirinya. Dia pernah menempuh hari-hari bahagianya, namun adakah bahagia itu akan datang lagi menghiasi hidupnya. Sedangkan Su Lijah merasakan, dalam hidupnya lebih banyak duka daripada suka. Bagaimanakah kesudahan hidup seorang wanita yang hari-harinya penuh dengan penantian. Novel yang mengungkapkan kesetiaan, cinta, kasih sayang, dan kerinduan yang mendalam seorang isteri terhadap suaminya. Ini membawa kita menyelami gelodak jiwa seorang wanita yang begitu setia dan tabah mengharungi hidupnya yang penuh liku.


4.2 Analisis teks
Analisis teks novel dilakukan dengan memberi tumpuan kepada watak-watak yang terlibat.Sebagai contoh watak yang terlibat adalah Embong, Su Lijah, Husin dan juga Jusoh Gagap. Kesemua watak ini bermain dengan minda bawah sedarnya. Namun, novel Su Lijah ini merupakan novel yang sesuai duaplikasikan dengan menggunakan teori pemikiran Lacan. Malah bukan Novel Su Lijah ini saja yang dikatakan novel berpusatkan minda bawah sedar tetapi terdapat pelbagai lagi novel lain seperti Keledang, karya A. Samad Said, Sungai Mengalir Lesu, karya A.Samad Said dan juga Salina juga merupakan karya A.Samad Said.


4.2.1 Embong
Dalam Novel Su Lijah, watak Embong merupakan salah satu daripada watak yang bermain dalam minda atau perasaan bawah sedarnya. Sesuatu keinginan telah didorong dalaam dirinya. Namun, keinginan tersebut seolah-olah terhalang apabila memikirkan Su Lijah iaitu isterinya yang sedang bersarat bersalin dan bakal melahirkan zuriat pertamanya dalam tempoh masa yang dekat. Keinginan dalam diri Embong itu untuk mengepalai pelayaran hanya wujud dala dunia nyata melalui bentuk simbol.
Di dalam dunia real, Embong terpaksa menahan keinginannya untuk pergi belayar menghantar barang dagangan kerana isterinya sarat mengandung. Dalam kepalanya tergambar dengan jelas bagaimana laut luas yang membiru riuh-rendah di daratan pangkalan tempat memunggah barangan. Dia terpaksa menahan keinginannya menjadi Nakhoda dalam pelayaran bersama rakan-rakannya yang lain seperti Che Umar, Jusoh Gagap, Dollah Losong, Nik Dir, Deramang dan juga nakhoda-nakhoda lain yang pernah menjadi gurunya muncul satu persatu. Namun dalam dunia bawah sedar, dia mendapat keseronokan melalui ruang imejan.


…Di kepalanya tergambar wajah rakan-rakan sepelayaran dengannya sedang sibuk mengembangkan layar.Embong juga masih ingat bagaimana dia belajar menghafal nama bintang di langit dan merasa jenis angin yang bertiup. Setiap arus, kucah, dan gelombang telah sebati…
(Su Lijah, 2008: 12-13)




Watak Embong dibawa masuk terus ke dalam subjek dan kemudiannya dibawa kepada ruang imejan seterusnya menyelami dunia simbolik dan akhirnya membawa diri Embong berbalik kepada dunia real. Keinginan Embong untuk pergi belayar terhalang dan akhirnya Embong tersepit diantara keinginannya sama ada mahu meneruskan pelayarannya atau sebaliknya.Berdasarkan petikan di atas, Jelas menunjukkan bahawa ianya disesuaikan dengan idea Lacan dalam konsep mirror stage. Watak Embong itu adalah sebagai subjek yang cuba mengenal dirinya melalui dunia imejan. Keinginan dalam dirinya mendorong membawa ke alam bawah sedar. Namun melalui peringkat simbolik, Embong hayalah sebagai seorang pelayar iaitu sebagai satu simbol ke atas dirinya yang terpaksa belayar meninggalkan Su Lijah yang sedang sarat mengandung.




4.2.2 Jusoh Gagap
Dalam novel ini juga jelas dapat diperhatikan kerana terdapat beberapa watak yang mempunyai pergolakan jiwa dan terdapat juga minda di bawah sedar setiap watak masing-masing. Embong, Che Umar, Husin, dan juga Jusoh Gagap merupakan watak yang mempunyai konflik dan sering masuk ke dalam mida bawah sedar. Jusoh Gagap merupakan rakan sepelayaran Embong sejak dulu lagi. Dalam jiwa atau diri Jusoh Gagap sendiri mempunyai keinginan yang tinggi iaitu untuk menjadi Nakhoda dalam pelayaran membawa barang dagangan ke Baleng. Namun demikian keinginan yang wujud dalam dirinya itu terpadam dan terhalang kerana Salleh King memilih Embong sebagai Nakhoda berdasarkan pengalaman Embong yang banyak daan tinggi berbanding Jusoh Gagap. Salleh King iaitu seorang saudagar barang-barang rempah ratus pada asalnya ingin memilih Jusoh Gagap untuk mengepalai pelayaran bagi menghantar barang dagangannya. Tetapi setelah difikirkan embong adalah orang yang paling layak kerana mewarisi sifat datuknya iaitu sebagai nakhoda yang terkenal dan sering menjadi sebutan. Berita ini telah diketahui oleh Jusoh Gagap dan kemarahan dalam hatinya terus membara dan timbul satu perasaan dalaam hatinya sekaligus membawa kita menyelami perasan bawah sedarnya.


…Celaka Salleh,’ bisik Jusoh dalam hatinya. Berbagi-bagai gambararn muncul di kepalanya yang separuh botak itu. Rasa Geram, marah, dan kecewa terbancuh dalam hatinya. Dadanya berombak-ombak menahan marah. Jusoh tidak dapat menggambarkan sekiranya Embong yang akan mengepalai pelayaran untuk menghantar barang dagangan Salleh King. Dalam gambarannya alangkah baik dia yang mengepalai rombongan itu melepaskan layar, melepaskan awak-awak bersama rakan-rakannya yang lain…..
(Su Lijah, 2008: 35)


Jusoh Gagap sebagai subjek telah melalui mirror stage. Wataknya dibawa masuk ke dalam ruang imejan untuk mengenali dirinya yang sebenar dan bagi mengenalpasti identitinya yang sebenar. Melalui ruang simbol maka Jusoh Gagap dapat mengenal dirinya hanyalah seorang pelayar yang tidak dipilih oleh Salleh King untuk menjadi nakhoda dalam pelayaran ke Baleng. Keinginan Jusoh Gagap menjadi Nakhoda membawa dia masuk ke dalam dunia bawah sedar dan akhirnya apabila watak tersebut memasuki ruang akhir dalam tahap mirror stage, dia sedar bahawa keinginannya itu terhalang disebabkan Embong.


Che Umar adalah seorang pemuda yang baik hati. Embong merupakan rakannya yang sudah hidup bersama sejak kecil lagi. Mereka sangat rapat. Che Umar yang juga merupakan rakan sepelayaran yang turut sama dalam menghantar barang dagangan. Walau bagaimanapun, dalam diri Che Umar terdapat satu perasaan yang mendorongnya membawa masuk ke alam bawah sedar kerana Che Umar mempunyai hati dan perasaan pada Su Lijah iaitu isteri Embong sejak dulu lagi Cuma nasib tidak menyebelahinya dan rakannya Embong Berjaya mendapatkan Su Lijah seorang gadis yang cantik rupa parasnya. Che umar selalu terbayangkan alangkah beruntungnya jika Su lijah itu menjadi isterinya. Dapat dilihat bahawa Che Umar pada dulunya ada menaruh perasaan terhadap Su Lijah dan muncul pula watak Embong iaitu sebagai watak penghalang bagi cinta mereka berdua. Che Umar masih berharap adakan dalam dunia realiti dan bukan dalam minda bawah sedarnya dia akan dapat memiliki Su Lijah semula kerana Embong telah meninggal dunia. Dalam minda bawah sedar, Che Umar hanya mampu membayangkan saja dan dengan membayangkan itu sajalah dapat menghilangkan rasa kecewa dalam dirinya dan mengingatkan pada masa perkenalan mereka berdua dahulu.


…Che Umar menjadi serba salah. Masih banyak perkara yang hendak disampaikan pada pertemuan ini. Ingatannya msih segar sewaktu mereka mula berkenalan dulu. Che Umar pernah menyimpan perasaan terhadap Su Lijah tetapi malang, hasratnya dipendamkan saja sehinggalah rakan karibnya Embong Berjaya mendapatkan Su Lijah. Che Umar membayangkan alangkah gembiranya hatinya apabila dia yang naik pelamin bersama Su Lijah…


“Su, aku sekadar ingin menolong dan meringankan penderitaan Su,” Che Umar bersuara dan sebentar kemudian dia terdiam begitu lama. Dia melontarkan pandangannya ke tengah muara yang berkucah.
“Aku ingin mengambil Su sebagai isteri sekiranya keadaan mengizinkan.”
Su lijah terdiam tiba-tiba.
(Su Lijah, 2008: 162)


Begitu juga dengan watak Che Umar yang dibawa masuk melalui beberapa tahap iaitu yang pertama sebagai subjek yang merujuk pada watak itu sendiri, kedua ruang imejan, ketiga ruang simbol dan keempat ruang real. Keinginan Che Umar terhalang kerana Su Lijah kini telah menjadi isteri kepada Embong. Walau bagaimanapun, keinginan dalam dirinya untuk hidup bersama Su Lijah membawa dirinya berkhayal terlalu jauh sehinggakan dia sendiri berada dalam dunia bawah sedar. Ruang simbol itu menjadi satu penanda bagi dirinya bahawa dia hanyalah seorang pemuda yang tidak dapat memiliki Su Lijah. Dalam dunia real, Dia sedar bahawa Su Lijah sudah menjadi isteri kepada Embong dan keinginannya untuk mengahwini Su Lijah terhalang disebabkan kehadiran Embong. Ianya bersesuaian dengan konsep yang dikemukakan oleh Lacan dalam mirror stage.

 
4.2.3 Husin
Husin juga merupakan salah seorang watak yang terdapat dalam novel ini. Husin adalaah pengikut atau orang yang paling rapat dengan Jusoh Gagap. Secara ringkasnya, Husin mempunyai satu keinginan dalam dirinya. Husin mula berdendam kepada Hassan iaitu adik ipar Embong kerana Hassan Berjaya menggagalkan rancangannya untuk pecah masuk rumahnya. Ekoran itu, pada malam Inang Rodat, Husin dan rakannya yang lain turut sama dalam majlis tersebut. Su Lijah juga ada pada malam itu dan menari dengan menyanyi sehingga menyebabkan ramai lelaki yang mengerumuninya. Hassan yang pada masa itu tiba tepat pada masanya telah terlihat Husin ingin mengambil kesempatan ke atas kakak iparnya. Hassan terus menolak Husin sehingga terjatuh lalu menyuruh kakaknya pulang. Berlaku perkelahian antara mereka. Dendam semakin membuak apabila sekali lagi Hassan menggagalkan rancangan jahatnya. Husin berdendan dengan Hassan kerana Hassan cuba ubtuk menunjukkan kuatnya atau berangnya di depan orang ramai.


….celaka kau Hassan, nak tunjuk lagak rupanya,” bentaak Mat Hussin marah.
“Jangan jadi kurang ajar, Husin!” Darah Hassan mula menggelegak.
“Aku takkan biarkan binatang seperti kau berbuat sesuka hati pada darah daging aku,” terketar-ketar telunjuk Hassan menuding ke arah Mat Husin.
“celaka”
(Su lijah, 2008: 171)


Begitu juga dengan watak Husin yang menjadi sebagai subjek dan cuba memasuki ruang imejan bagi mencari identifikasi dirinya seterusnya mencari satu lagi ruang iaitu simbol untuk menetapkan dirinya hanyalah seorang konco kepada Jusoh Gagap yang tidak dapat meneruskan keinginannya untuk membalas dendam di halang oleh Hassan. Jelaslah bahawa ianya bersesuaian dengan konsep yang dibawa oleh Lacan menerusi beberapa tahap atau peringkat iaitu subjek yang merujuk kepada watak, imejan yang menjadi penanda bagi mencari identiti, simbolik di mana identifikasi dirinya terletak pada perbezaan lebih daripada keserupaan dan seterusnya ke peringkat real.
4.2.4 Su Lijah
Su Lijah merupakan watak yang mempunyai keinginan dalam dirinya setiap masa. Daripada seorang gadis yang cantik dan mempunyai suami telah bertukar kepada gadis yang sudah tidak terurus dirinya akibat kehilangan suami yang tercinta. Sangat sukar bagi dirinya untuk melupakan segala kenangan manisnya semasa bersama suaminya. Keingina dalam jiwa Su Lijah sering kali membawanya ke alam bawah sedar. Keinginannya ingin bersama suaminya terhalang apabila dalam dunia real atau nyata dia mengetahui bahawa suaminya tidak akan kembali lagi. Jiwanya menjadi tidak tentu dan sering meracau dan sering ke alam khayalan dan bermain dengan dunia bukan realiti tetapi bermain dengan minda bawah sedarnya. Seorang wanita yang terpaksa bermain dengan gelodak jiwanya apabila segala-galanya hilang. Pada peringkat awal, Su Lijah kehilangan anak yang baru saja dilahirkan.


Pada peringkat kedua Su Lijah kehilangan pula suami tercinta yang karam dalam pelayaran pulang untuk bertemunya setelah sekian lama berada di tempat orang atas urusan kerja bagi mencari nafkah keluarganya. Pada peringkat yang ketiga pula Su lijah bertambah meracau apabila kehilangan Che Umar secara tiba-tiba tanpa khabar berita dan diikuti pula dengan kematian Hassan iaitu adik iparnya. Kini Hidup Su Lijah sering bermain antara dua dunia. Iaitu Dunia realiti dan dunia bawah sedarnya.


“Tak baik berdandan dekat waktu maghrib ni,” tegur Mak Kembang ringkas sambil membongkok memicit-micit kedua-dua lututnya
…… “Su Lijah duduk menghadap cermin sewaktu azan berkumandang,’ Dia memandang ke arah bungkusan yang sentiasa dibawanya bersama ke mana saja dia pergi. Su Lijah membuka bungkusan itu dan terdapat kain pelikat yang ditinggalkan suaminya.
Dalam keadaan realiti dia mencium kain suaminya itu lalu teringat kembali waktu kegembiraan bersama. Fikiran Su Lijah terus masuk ke alam bawah sedar dengan membayangkan suaminya akan pulang membawa banyak gelang dan rantai emas untuknya….
(Su Lijah, 2008: 194-195)


Melalui narasi dalam Su Lijah, keinginan yang ingin dicapai Su Lijah adalah untuk mencari suaminya agar dapat memenuhi keinginannya. Gambaran gejolak jiwanya bermula ketika dia berada di tepi jeti , di mana dia teringat kembali ketika hari keberangkatan suaminya dan di tempat yang dia berdiri itulah yang menjadi saksi perpisahan mereka berdua. Laut yang menjadi metafora dan membawa lambang ketenangan itu dikaitkan dengan murai Jati iaitu Kapal yang dikemudi oleh suaminya Embong. Rumah api yang menjadi penanda dan petanda yang telah membawanya masuk ke ruang imejan dan bertembung dengan ruang simbolik, kemudian masuk ke dalam dunia real dan kembali kepada ruang imejan dan simbolik. Ini dijelaskan pengarang melalui petikan berikut,




Seperti biasa, pagi jumaat ini juga Su Lijah telah tercegat di pangkalan pagi-pagi lagi. Bungkusan kain batik dikepit di celah ketiaknya. Bungkusan ini tidak pernah lekang dari celah ketiaknya. Mulutnya membebel sesuatu yang pasti tidak diketahui oleh sesiapa pun. Matanya memandang memandang ke arah laut dan sesekali teringat akan suaminya.


“Embong akan balik, dia akan belikan aku gelang dan rantai emas, kain sutera cantik-cantik. Murai jati akan balik!” Tiba-tiba Su Lijah bersuara menukar tajuk perbualan.
(Su Lijah, 2008: 182-184)


Dalam imej cerminnya, Su Lijah melihat dirinya yang berlopong dan lopongan itu harus ditutup dengan memenuhi keinginannya mahu embong pulang kembali. Su Lijah menggunakan kain pelikat tinggalan suaminya untuk mencium dan memeluk dengan erat kain tersebut agar dia terasa dirinya didampingi oleh Embong. Dalam dunia bawah sedar, dia begitu bersemangat dan yakin bahawa embong akan balik kerana sebab itu dia sentiasa ke jeti untuk menunggu kepulangan Embong. Tetapi keyakinan dan semangatnya itu dipatahkan apabila dia masuk ke dunia sebenar yang menyedarkan bahawa Embong tidak akan pulang sampai bila-bila. Jelas menunjukkan bahawa ianya bersesuaian dengan idea yang dibawa oleh Lacan meneusi konsep mirror stage.
Su Lijah masih leka di sisi cermin meneliti wajahnya dengan mengimbau kenangan silamnya yang penuh suka dan duka. Namun lebih banyak duka daripada suka. Tiba-tiba dia menghempas bungkusan kain yang dikepitnya ke lantai sambil mulutnya membebel sesuatu. Mulutnya mula berkumat-kamit mengomel sesuatu yang tidak jelas buah butirnya. Dia kemudian duduk bersimpuh memandang tepat bungkusan kain yang dihempasnya tadi. Bungkusan kain batik itu tiba-tiba ditariknya perlahan-lahan. Simpulan kain itu dibuka penuh cermat dan beberapa helai kain pelikat yang telah lusuh berdebu dikeluarkan dari perut bungkusan itu. Dia mengambil sehelai kain pelikat merah tua lalu diusap-usap dan diciumnya berkali-kali.dia menjadi benar-benar terharu.


Su Lijah bangun menghampiri mentuanya yang mula melucutkan kain sembahyang daripada tubuhnya. Dia merenung ke dalam mata mentuanya dalam-dalam. Mak Kembang terpaku sejenak tanpa berkata apa-apa. Tiba-tiba Su Lijah memeluk erat-erat Mak Kembang sambil menangis teresak-esak. Mak Kembang tergamam.


“Mak, kenapa semua telah pergi meninggalkan Su?”
“Emak ada, emak takkan tinggalkan Su.”
“Tapi bagaimana kalau mak pergi lebih dulu?”
“Tak ada siapa yang dapat melawan takdir.”
“Maafkansegala salah silap Su selama ini dan halalkanlah segala makan minum Su selama ini,”
“Mak pun sama, Su.”
(Su Lijah, 2008: 195-199)


Hidup Su Lijah kini bagaikan tidak tentu arah tujuannya. Dalam keadaan realiti Su Lijah dapat mengerti bahawa suaminya sudah lama karam dan tidak akan pulang lagi. Tetapi kerana disebabkan oleh minda bawah sedarnya yang begitu kuat akhirnya membawa dirinya ke dalam dunia bawah sedar. Dunia bawah sedar semakin menguasai Su Lijah apabila dia mula teringat akan suaminya ataupun sentiasa berada dalam keadaan sunyi sepi. Fikirannya akan melayang jauh mengingatkan kembali detik bersama suamninya itu. Su Lijah dapat membayangkan di mana suaminya. Su Lijah membayangkan bahawa tentu suaminya kelihatan segak berpakaian baju melayu seperti pahlawan semasa mengetuai pelayaran menghantar barang dagangan itu. Akibat kesan sayang dan rindu yang amat mendalam dalam dirinya Su Lijah sentiasa dihanyutkan dalam dunia keduanya iaitu dunia bawah sedar.


Perubahan ini membawa petanda yang mendukacitakan mereka. Lebih mendukacitakan lagi apabila kadang kala terdengar suara Su Lijah seperti mendodoikan anaknya, Ada waktu-waktunya Su Lijah seolah-olah sedang bercakap dengan anak dan suaminya. Lebih mnyeramkan lagi apabila dia sering ketawa kecil dan mendendangkan lagu-lagu kanak-kanak.


“Nak ke mana, Su?” Tanya Mak Kembang ringkas.
“Nak tunggu Abang Embong,” balasnya pendek. Jawapan tadi telah memgesahkan segala ramalan Mak Kembang, Hassan, dan orang-orang kampung. Sudah sah Su Lijah meroyan.
(Su Lijah, 2008: 136-137)


“Malam –malam begini?” Hassan mencelah.
Su Lijah merenung tajam ke arah Hassan. Hassan menjadi gelabah dan berasa sikit ngeri.
“Dia akan balik tak kira waktu,baik siang atau malam,” suaranya mula meninggi
Hassan mula didorong rasa geram.
“Kita tunggu saja esok, jangan malam ni,” pujuk Mak Kembang Lembut.
“Kak Su masuk dulu, kalau dia balik, dari jauh dah Nampak, saya akan beritahu kak su.” Hassan merendahkan suaranya sambil merapati Su Lijah bagi menghalangnya turun.
(Su Lijah, 2008: 138)


Ingatan Su Lijah kepada suaminya seringkali membawanya ke dunia bawah sedar. Pada hakikatnya Embong sudah tiada lagi tetapi bagi Su Lijah Embong masih hidup lagi dalam khayalan dan dunia keduanya. Pada alam realiti Embong memang sudah tiada lagi bagi Su Lijah dan juga orang kampung tetapi dalam dunia keduanya Su lijah dapat selalu bersama embong kerana membayangkan Embong datang untuk menyelamatkannya daripada banjir besar.


“Kalau mahu selamat, tunggu saja di sini, sebentar lagi Murai Jati dan Embong akan sampai menyelamatkan kita, tunggulahdi sini!” Su Lijah meninggikan suara memaklumkan kepada mereka.
Orang ramai terpinga-pinga dan bingung.
“Tak mungkin, Gelombang sebegini besar, tentu saja Murai Jati pun ditenggelamkannya!” laung seorang yang lain.
“Percayalah cakap aku, Murai Jati akan sampai nanti!”


Terlucut saja kalimat itu daripada mulutnya, tiba-tiba orang ramai riuh bersorakan dan suasana menjadi begitu gamat apabila terpandang sebuah bahtera yang sungguh besar menuju ke arah mereka. Tidak syak lagi itulah Murai Jati yang dinantikan.


Murai Jati terus bergerak merapati Su Lijah . Su Lijah penuh bangga melihat Embong dan awak-awaknya berseri-seri dengan pakaian sedondon lengkap berkeris dan tanjak berdiri di tepi Murai Jati. Nakhoda embong yang kelihatan sungguh tampan menghulurkan tangan menjemput Su Lijah naik ke Bahtera. Apabila Su Lijah cuba menyambut tangan Embong, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tangan Embong berlumuran darah. Dari tangan tersebut keluar darah hitam pekat membuak-buak. Su Lijah menjerit ketakutan.
(Su Lijah, 2008: 94-96)


Su Lijah banyak menampilkan jiwa yang berlopong (lack) yang patut diisi denagn keinginan seperti contoh, watak Su Lijah digambarkan sebagai imej yang tidak lengkap setelah suaminya Embong meninggal dunia. Su Lijah juga cuba mengisi lopongan itu dalam konsep dirinya melalui barang-barang peninggalan suaminya seperti kain pelikat. Su Lijah sering meneroka dalam bawah sedar dan melihat ke ruang imejan yang tidak dapat melengkapi dirinya.
“Embong akan balik, murai Jati akan balik.”
(Su Lijah, 2008: 202)
“Besok aku akan ikut Embong belayar ke negeri Nun.”
(Su Lijah, 2008: 209)
“Embong akan balik, dia akan belikan aku gelang dan rantai emas, kain sutera yang cantik-cantik.”
(Su Lijah, 2008: 184)


Dalam dunia yang sebenar, Su Lijah masih dapat mengimbangi pergolakan jiwanya. Dalam perkembangan narasinya, pengarang menggambarkan Su Lijah sebagai wanita yang kuat dan tabah mengharungi dugaan hidup. Tidak aka nada wanita yang mampu mengimbangi jiwanya atau mindanya untuk berada di alam sebenar walaupun sesekali Su Lijah hanyut dalam minda bawah sedarnya. Namun, Su Lijah tidak terus hanyut kerana Su Lijah masih mampu berfalsafah dan berkata yang benar.


“Sebab mulut santan binasa!” tiba-tiba Su Lijah bersuara. Matanya terus memandang laut yang membiru.
Mamat rasa terpukul dengan sindiran Su Lijah tadi.
“Rosak budi kerana akal!” tambah Su Lijah sambil menjeling mamat yang tercegat di depannya.
“Saya mintak maaf Tok Su, saya janji tak buat lagi lain kali.”
“Kata janji jangan mungkir, dari dunia hingga akhirat.
(Su Lijah, 2008: 187)




Mamat termenung panjang mendengar butir perkataan yang keluar dari mulut Su Lijah. Segala-galanya sungguh bernas dan meyakinkan. Dia menjadi keliru dengan kelakuan Su Lijah. Kewarasan yang kadang-kadang menjelma menenggelamkan syak dan tuduhannya sebelum ini. Kini bagi mamat, Su Lijah bukan gila. Daripada gerak geri dan perbualan mereka selama ini, nyata bagi mamat Su Lijah bukan gila.
Mamat diserang rasa bersalah.
(Su Lijah, 2008: 191)


Keperitan jiwa Su Lijah bertambah apabila bayi pertama yang ingin dilahirkannya tidak sempat melihat dunia. Bayi dalam kandungannya tidak dapat diselamatkan kerana Tuhan lebih menyayanginya. Kepedihan jiwa Su Lijah itu membuatkan dirinya begitu muram dan tidak banyak bercakap. Sikapnya itu sangat dibimbangi oleh mertuanya. Akibat daripada selalu memikirkan perkara yang sudah berlaku Su Lijah sering membayangkan bahawa alangkah baiknya kalau bayi itu wujud dalam alam realitinya.


Dalam diam Su Lijah membayangkan bagaimana Embong meriba anak sulungnya ketika itu. Rusuh hatinya kembali bergolak, namun dia memendamkannya dalam-dalam.
(Su Lijah,2008: 128)


Setelah lamanya mereka berdua terpaksa berjauhan buat seketika, Su Lijah selalu memikirkan yang bukan-bukan. Fikirannya itu didorong oleh satu lagi perasaan yang boleh membawanya menerawang jauh dari dunia nyata. Memang tidak dapat dinafikan cinta dan saying Su Lijah terhadap suaminya begitu dalam sekali sehinggakan dia dapat membayangkan suaminya walaupun pada dunia nyatanya suaminya tidak ada disisinya dan tidak dapat dilihat olehnya secara sahih.
Ingatannya kepada Embong menjadi semakin kuat. Dia sendiri membayangkan suaminya begitu segak dengan memakai baju Melayu cekak musang bersama-sama kain pelikat coklat daan sebiji songkok tinggi miring ke kanan yang menambahkan lagi serinya. Dia pun tersenyum sendirian.
(Su Lijah,2008: 75-76)
Kadangkala terlintas juga dibenaknya sekiranya suami, mentua, dan iparnya terlebih dulu dijemput Tuhan. Bagaimana dia akan bersendirian membina keluarganya dan bermacam-macam perasaan yang bercelaru bertubi-tubi memukul benak fikirannya. Su Lijah cepat-cepat beristighfar apabila menyedari perasaannya menerawang jauh kepada perkara yang bukan-bukan.
(Su Lijah,2008: 75)
Matanya merenung atap bata senggora yang tersusun rapi. Wajah suaminya Embong mula terbayang diingatannya. Rindunya kini semakin menebal.
(Su Lijah,2008: 92)




5. Kesimpulan
Dalam kehidupan yang menjadi asas kepada keinginan/hawa nafsu (desire) adalah dengan wujudnya sokongan yang datang secara kebutuhan (need). Hubungan antara kebutuhan dalam jiwa individu dengan objek yang diinginkan mempunyai kaitan yang erat. Sekiranya hasrat terhadap objek yang diinginkan itu tidak tercapai, maka seorang individu akan berasa kekurangan (lack) pada dirinya. Rasa kurang lengkap ini sebenarnya terhasil dalam kelompok sosial yang akhirnya menjadi produk/budaya sosial (social contruct). Objek yang dimaksudkan berbeza daripada seorang individu kepada yang lain. Dalam konteks Su Lijah, objek tersebut berupa manusia seperti suami, isteri, emak dan anak. Kecenderungan terhadap objek tersebut membuat jiwa bergejolak dan menjadikan individu tersebut mangsa yang sentiasa berda dalam ketakutan yang tiada akhirnya.


Manusia boleh merubah perwatakan mereka melalui penampilan secara luaran. Namun, dalam bawah sedar, perwatakan ini mempamerkan pelbagai bentuk keinginan, kebutuhan, kehendak untuk melengkapi kesempurnaan diri mereka (wholeness). Dalam mencapai desire, need dan demand, manusia terpaksa mengawal dan mengurus nafsu dan keinginan melalui suppress mechanism dan ini mengakibatkan keresahan, kebimbangan, kegelisahan dan ketidakstabilan emosi.


Penerapan teori psikoanalisis terhadap teks Su Lijah bukan sahaja dapat membawa pembaca memahami naratif teks, malah mengajak pembaca meneroka ruang bawah sedar untuk memahami jiwa manusia yang sentiasa berperang dengan nafsu, keinginan dan kebutuhan walaupun bukan dalam konteks perang yang sebenarnya. Maka itu, tentu sekali apa yang disampaikan oleh Wikunila MS dalam Su Lijah dapat dihayati bersama



Bibliografi
Abdul Halim. 2005. “Kod Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris Proses Kreatif SN.
A.Samad Said Dalam Penghasilan Karya Sastera”. Perak, Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A.Samad Said, 1997. Keledang. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers ltd.
Eagleton, Terry, 1988. Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan (terj). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana, 2004, “Sastera Melayu Pascamodenisme”. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
pustaka.
Mana Sikana. 2005. “Teori Sastera Kontemporari”. Selangor: Pustaka Raya
Mana Sikana, 2007. Sastera Singapura dan Malaysia Di Era Pascamoden. Singapura: Persama
Enterprise.
Mohd. Affandi Hassan et. 2008. “Gagasan Persuratan Baru”. Selangor Darul Ehsan: Institut
Alam Dan Tamadun Melayu.
Roger Webster, 1996. Studying Literary Theory. Co-published in the United States of America
by Oxford University Press Inc.
Wikunila MS, 2008. “Su Lijah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.








ANALISIS NOVEL NALURI HIDAYAH DARIPADA PERSPEKTIF THE NEW HISTORISISME BARU
OLEH:
MOHD AZREIN BIN ABBAS
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1.0 Pendahuluan

Aspek sejarah yang sering dijadikan bahan dalam penulisan terdapat dalam perbagai bentuk atau karya seperti Novel, Drama, Cerpen dan sebagainya. Unsur sejarah kebanyakannya bersifat salinan semula atau disebut juga sebagai fotokopi. Penggunaan karya yang bersifat fotokopi ini adalah dimana penulis itu hanya menulis semula sejarah asal ke dalam karya. Novel terbaru juga ada menggunakan unsur sejarah. Antara novel terbaru itu adalah Anugerah karya Zaharah Nawawi yang menggunakan peristiwa sejarah melayu menentang penjajah. Jelas bahawa karya Zaharah Nawawi itu bersifat fotokopi. Ramai lagi penulis yang menggunakan peristiwa sejarah dalam karya-karya mereka, contohnya dalam drama Pahlawan Daerah Rodat karya Wan Ahmad Ismail, Jebat Mendurhaka, karya Ali Aziz, Matinya Seorang Pahlawan karya Usman Awang dan ramai lagi. Ada diantara drama-drama ini yang menceritakan semula kisah sejarah itu dalam bentuk sejarah asal dan ada juga drama-drama yang menggunakan sejarah dalam perspektif baru contohnya drama Jebat, Matinya seorang Pahlawan dan sebagainya. Unsur sejarah ini ada tujuannya yang tertentu.


Bagi cerita yang semata-mata menggunakan sejarah dan menceritakan sejarah itu lebih bertujuan untuk mengenal semula dan melihat kepentingan sejarah itu dalam konteks hari ini. Inilah yang berlaku dalam novel Anugerah karya Zaharah Nawawi. Namun, ada juga penulis yang menggunakan penulisan sejarah baru untuk mencapai matlamat politik (political vision) khasnya yang berkaitan dengan martabat, maruah dan juga politik sesuatu bangsa. Dalam awal abad ke-20 iaitu era kemunculan teori seperti, Feminisme, Stukturalisme ianya telah menolak elemen sejarah dalam kritikan teks. Namun kesedaran kepada pentingnya sejarah itu kembali muncul. Hal ini dapat dilihat menerusi karya Greenblatt iaitu (Critism And Culture The Role Critique in Modern literary Theory). Kembali semula kepada sejarah dan makna konteks sejarah itu dalam konteks makna terkini dapat dilihat dalam novel Naluri Hidayah. Novel ini pada asalnya berunsur sejarah kerana ianya mengambil sejarah pemerintahan Brooke dan juga Jepun di Sarawak sebagai asas pemerintahan baru terhadap perjuangan kaum wanita di Sarawak menentang penjajah Inggeris dan juga Jepun.


2.0 Tujuan


2.1 Menganalisis unsur- unsur persejarahan baru dan kaitannya dengan pensejarahan
lama. (Old Historisisme) dalam Novel Naluri Hidayah
2.2 Mengenalpasti perkaitan unsur-unsur pensejarahan baru dengan konteks makna terkini.


3.0 Latar Teori
New Historisisme Baru adalah sebuah teori yang idealismenya adalah sejarah. Menurut Brannigan John, (dlm. History, power and Politic in The Literary Artifact) menyatakan: an important realization of the new historicism is that literature and history are inseperable. For new historicism the object of study is not the text and its context, not literature and its history, but rather literature in history. Kenyataan yang lain pula ialah: new historicism critics are most concerned are the role of historical context in interpreting literary text and the role of literature rhetoric in mediating history. New Historisisme Baru juga berpandangan, literary text have specific functions within a network of power relations in society. Daripada kenyataan-kenyataan ini dapatlah dikatakan literature is a vehichel for the representation of history.


Dengan kata lain ia melihat sastera bagaimana mereleksi, membentuk dan merealitikan sejarah. Juga dapat difahami sebagai menggunakan sejarah atau peranan sejarah dalam memahami teks sastera. In the eyes of new historicism critics, texta of all kind are the vehicles of politics insofar as texts mediate the pubric of social, political, and cultural formation. New Historisisme Baru tidak melihat sastera sebagai reflect history as mirror. Maksudnya ianya bukan juga sebagai dokumentasi sejarah, sebaliknya disrupsi dan kontrakdiksi daripada sejarah itu sendiri.


Menurut Umar Junus, (dlm.Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu) Itulah beberapa dasar utama teori New Historisisme Baru yang masih dianggap baru di Negara kita, tetapi sudah berkembang selama dua dekad di barat. Dari segi nama teori, ia lebih sesuai digunakan dengan istilah new historisisme daripada pensejarahan baru seperti yang dikemukakan oleh Umar Junu (dlm.Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu). Nama New Historisisme Baru sudah serasi dan telah digunakan sejak 1995; yang pertama kali dipakai untuk kajian malah pada hari ini juga kita menggunakan new untuk yang lainnya seperti new klasik, new realisme dan sebagainya. Kehadirannya begitu penting sekali kerana telah mengurangkan kekuasaan teori-teori sebelumnya terutamanya dekonstruksi pembuka zaman pascamoden itu, dan berhasil memartabatkan semula sejarah dalam dunia kritikan sastera. Bagaimanapun pada 1990-an di barat pula telah menerima kehadiran teori sastera yang lebih baru iaitu cultural studies, iaitu teori studi budaya, dengan pengemukanya Alan Sinfield yang sedikit sebanyak menurut Julian Wolfreys, (dlm.Literary Theories: A Reader & Guide, Edinburgh) yang mengaburkan kedudukan teori-teori sebelumnya termasuk New Historisisme Baru.Dalam mendakwa bahawa sejarah amalan kontemporari tidak dapat dipisahkan daripada tekstualitas dan semua teks boleh dipaksa untuk menghadapi krisis undecidability terungkap dalam teks sastera


Menurut Greenblatt, (dlm.critics And Culture, 1991) pentingnya mengetahui hari yang bersejarah iaitu pada zaman kisah pembangunan semula kesusasteraan. Menurut pengertian itu, sejarah daripada budaya ialah sejarah daripada semua hasil (segala yang telah berlaku). Sejarah menjadi salah satu hasil atau sejarah, organisasi sosial yang lain dan sebagai alat hokum dan perlengkapan perkara lain. Sejarah tidak boleh dipisah-pisahkan daripada tekstualiti (kisah asalnya, kenyataan) dan semua teks boleh memaksa untuk berhadapan dengan krisis yang tidak dapat diputuskan dalam pengungkapan teks sastera. Terdapat pertentangan antara dasar dan bahagian yang paling atas dalam konsep sejarah sastera bebas melakukan pelbagai gagasan atau idea yang sebenarnya ia meniru banyak kepercayaan terhadap peristiwa dalam dunia sejarah sebagai refleksi dari aktiviti yang menyeronokkan di luar sana.


Penyembahan Greenblatt terhadap topeng kuasanya telah melahirkan kuasa mengenai budaya dan juga (visi, membayangkan, menologikan). Ia merupakan yang pertama tetapi bukan kebanyakan Cuma sebahagian besar teori yang menarik melainkan dari sejarah baru. Kebanyakan yang menarik, ada yang menghasilkan tentang desakan sejarah Foucaults ini bukan bertujuan untuk menggambarkan yang lain kerana mereka tidak tahu dan kerana itu mereka melatakkan jarak antara mereka dan hal ini tercipta serta disiplin mereka sebagai manusia sosial menjerat dalam praktis bagi displin sejarah. Pada sejarah lama, tidak menceritakan tentang politik. Isu bagi ideology dan konflik kelas jarang terdapat pada kerja sejarah mereka. Greenblatt memberitahu lebih atau kurang bahawa mereka perlukan kepada keterbukaan marx mereka. Sejarah baru bukan hanya ada membuka lagi penyokong karl max. penerimaan adalah mengesan dimana sahaja dalam sejarah baru dalam kod yang dipanggil ‘kuasa’. Ini merupakan identity teori yang ganjil bagi sejarah baru yang ada menentukan tentang ini dan mungkin tidak bagi perkahwinan marx dan Foucault dengan Foucault sebagai pasangan dominan. Greenblatt menerangkan maksud bagi percubaan mencapai kebenaran penahanan bagi akibat kepada pernyataan manusia spesifik bagi kuasa-kuasa pada zaman dahulu menempatkan dalam institusi yang khusus. Contohnya, mahkamah, gereja, nasab keluarga dan lain-lain. Foucauldian menerangkan mengenai sejarah baru sementaranya. Antaranya termasuklah apa itu kepercayaan dan bercakap secara terus mengenainya seta melakukan kepercayaan tersebut. Ini adalah yang terbaik jika dengan tidak disedari dia tahu mengenai sejarah baru dan masalah politik.


Renaissance self-feshioning (1980), Greenblatt kenyatannya bagi kuasa dalam pendahuluan dalam paranoid suara Foucaults menerangkan kematian dalam disiplin dan hukuman. Watak dermanan (Greenblatt dan kepunyaannya) membaca kepada fesyen sendiri sebagai percuma, eksperesi membuat dari menduga-duga dan jahat dalam renaissance self-fashioning. Greenblatt adalah berkeupayaan yang sangat menarik perhatian akrobatik dalam usaha menganalisis bagi hubungan teks sastera dan sejarah dalam memerintah mengelakkan mengikut kefahaman penentuan bagi memahaminya. Tetapi biar pun begitu swejarah baru memperlihatkan akan konsep bagi penentuan teks.


Menurut Mana Sikana, (dlm. Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme), Stephen Greenblatt dalam tulisan-tulisan terawalnya telah pun membincangkan hubungan sastera dengan unsur-unsur yang membentuk sejarah dan budaya serta memberi penekanan kepada tekstualiti teks. Pandangan atau teorinya itu diberi nama cultural poetics. Dalam huraiannya terhadap teori tersebut, Stephen Greenblatt menyatakan bahawa teks kreatif mempunyai hubungan erat dengan sosiobudaya yang menjadi latar kepada penciptaannya. Sesebuah masyarakat dan budaya itu biasanya membentuk adat istiadat dan ideologinya sendiri, maka inilah yang selalu terbayang dalam sesebuah teks sastera dan yang membentuk individualisme pengarang. Dalam keterangannya ia menjelaskan konsep pen-sejarahannya;


‘The belilief that processes are at work in history that man can do little alter. The theory that the historian must avoid all value judgments in his study of past periods or former cultures. Veneration of the past or of tradition’ .

 
Pendapat atau pandangan seseorang terhadap sejarah sering diperkatakan. Sekarang ini sejarah seperti sastera dilihat dalam konteks yang tersusun. Contohnya, seperti bahasa dan mewakili kedua-duanya. Secara berlawanannya, kenyataan terhadap sejarah dalam pendapat kini adalah bersifat nyata. Stanley Fish mentafsirkan bahawa teori sejarah adalah bahan yang sungguh jelas tidak melewati waktu. Karakter teori sejarah bahan ialah mempercayai pada dasarnya iaitu dari dinding ke dinding tekstualiti (kenyataan) sejarah boleh mengetahui dasarnya dalam lapisan bawah. Akhirnya beliau juga mengatakan bahawa kita tidak boleh menentang kategori tetapi kita perlu kategorikannya dalam pelbagai cara yang berbeza. Menurut A.Halim Ali, (dlm.Rangkaian Pemikiran dalam Sastera) dasar utama teori New Historisisme Baru adalah untuk mencari makna bagi mencapai idea teks. Setelah mencapai idea teks, maka dikaitkan pula dengan pemikiran (ideologi) pengarangnya, justeru mengkaji teks sastera dengan teori ini bermakna kita berusaha mencari ideologi pengarang sewaktu dia berkarya. New Historisisme Baru telah memberi kita ruang agar dapat berbicara tentang politik dan sejarah silam yang kemudiannya memberi makna untuk dunia terkini dengan sifat-sifat idealistiknya. Kehadiran unsur sejarah dalam teks sastera tidak hanya sebagai sebuah gambar kaku untuk mampu merubah dan melakukan anjakan paradigma dalam diri dan masyarakat di sekitarnya.


Sudah tentu tafsiran baru ini ternyata mengundang kekeliruan atau paling tidak akan mananamkan kesangsian kepada khalayak ramai terhadap makna konvensi yang diberikan oleh sejarawan, yang dianggap sebagai merubah fakta sejarah. Oleh itu fenomena pensejarahan baru dilihat sebagai satu pemberontakan terhadap status quo. Namun begitu, makna yang terbit daripada proses persjarahan baru ini dianggap benar dan diterima oleh para pendukung pascamoden.

 
4.0 Analisis Teori Terhadap Teks Naluri Hidayah daripada perspektif New Historisisme.
4.1 Sinopsis novel Naluri Hidayah
Novel Naluri Hidayah adalah diantara kelompok karya seni yang merakam kisah semangat perjuangan seorang wanita yang bernama Hidayah dalam memepertahankan Tanah Air. Sikap berani, tabah dan bersemangat telah menunjukkan perbezaan dirinya dengan wanita-wanita lain. Meniti jalan-jalan perjuangan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun Hidayah iaitu seorang srikandi yang gigih lagi berani merentas batas budaya dan resam zamannya. Jiwanya tegar dalam mendepani segala kemungkinan getir demi mencapai hasratnya untuk membentuk masa hadapan yang lebih bermakna. Hidayah, citra pemikiran baru dalam membela nasib wanita dan bangsanya. Hati Abang Aidil, cinta Adrian menggugah diri Hidayah tetapi kejujuran membenarkan nalurinya. Hidayah adalah seorang wanita yang berani dalam menentang penjajah untuk menuntut hak yang telah dirampas oleh bangsa asing. Perjuangannya menentang penjajah tidak pernah luntur dan bermacam konflik yang dihadapinya dalam meneruskan perjuangannya kerana matlamat utamanya adalah untuk menyedarkan orang kampung di Sarawak terutamanya golongan wanita supaya bangun dan jangan gentar untuk menentang penjajah yang bermaharajalela di Tanah Air sendiri.
4.2 Analisis
Analisis teks novel dilakukan dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang berupa sejarah baru dan kaitannya dengan pensejarahan lama. Dalam novel Naluri Hidayah terdapat banyak unsur-unsur sejarah Sarawak yang dipaparkan dalam novel. Pemerintahan Keluarga Brooke sangat berpengaruh dan pemerintahan Jepun sangat zalim. Namun dalam sejarah Sarawak ini telah munculnya seorang watak baru iaitu Hidayah yang cuba diketengahkan pengarang sebagai pejuang yang menentang penjajah British dan juga penjajah Jepun. Maka analisis novel ini adalah untuk mengenalpasti perkaitan unsur-unsur pensejarahan baru dengan konteks makna terkini. Inilah perkaitan sejarah yang sesuai dikaji dengan menggunakan perspektif The New Historisisme. Dalam sejarah sebenar tidak wujud nama Tuan Robinson sebagai penjajah British dan juga Hishigawa sebagai penjajah Jepun. Watak ini sengaja ditimbulkan penulis kerana mempunyai visi politiknya yang tersendiri iaitu ingin menunjukkan kelemahan pihak penjajah di tangan wanita. Dalam novel Naluri Hidayah, Tuan Robinson telah berundur dari Sarawak dan telah meminta maaf kepada Hidayah. Dalam sejarah asalnya tidak ada pun penjajah yang meminta maaf kepada sesiapa apatah lagi kepada seorang wanita. Maka,watak ini sengaja ditimbulkan adalah bertujuan untuk menunjukkan kelemahan pihak penjajah dan sekaligus menampakkan kehebatan wanita.


4.2.1 Peranan Wanita Sarawak Menentang Penjajah.
Zaman penjajahan British dan Jepun di Sarawak telah membawa kepada rasa tidak puas hati penduduk di Sarawak kerana penjajah telah merampas keseluruhnya hasil bumi yang terdapat di Sarawak terutama lombong minyak. Banyak pahlawan seperti Rentap, Syarif Masahor dan beberapa lagi tokoh cuba menentang penjajah tetapi tewas di tangan penjajah kerana kcanggihan alat senjata perang pihak penjajah. Namun seorang penulis iaitu Sarimah Alit telah mencipta satu rekonstruksi sejarah dengan menggarapkan Novel Naluri Hidayah sebagai novel sejarah baru. Watak utama dalam Novel tersebut ialah Hidayah. Hidayah merupakan seorang wanita yang berpendidikan dan sangat berani. Selain berani, Hidayah juga merupakan seorang yang kuat semangat, tabah dan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat. Hidayah telah digarapkan penulis sebagai seorang pejuang yang menentang penjajah British dan juga Jepun. Hidayah digambarkan seorang yang hebat. Jika dilihat, pada zaman penjajahan di Sarawak, golongan wanita terkongkong dan tidak bebas untuk melakukan sesuatu pekerjaan apatah lagi keluar dari rumah. Kebanyakan wanita bersembunyi di tempat-tempat yang selamat untuk mengelakkan diri daripada menjadi alat pemuas nafsu Jepun. Tetapi, penulis menonjolkan watak Hidayah iaitu seorang wanita yang bebas bergerak seperti mengatur strategi bagi mematahkan rancangan pihak Jepun dan juga British. Hidayah juga bebas keluar pada waktu siang dan juga malam. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penulis cuba membina satu rekonstruksi sejarah yang mempunyai tujuan atau political vision yang tersendiri untuk mengangkat martabat kaum wanita di Sarawak yang dikatakan terkongkong dan tidak bebas.




4.2.2 Visi Politik Wanita Sarawak
Berdasarkan sejarah di Sarawak, keluarga Brooke adalah orang yang menjajah dan memerintah Sarawak. Setelah kedatangan British di Sarawak, Pihak Jepun pula mengambil alih menjajah Sarawak. Pemerintahan Jepun sangat zalim dan kejam sehinggakan ramai yang tidak berdosa dibunuh dan ada yang dijadikan hamba. Golongan wanita pada masa itu adalah golongan yang tidak terdaya membuat sesuatu untuk menentang penjajah. Golongan wanita pada zaman penjajahan sangat terbatas dan tidak bebas. Menerusi novel Naluri Hidayah, penulis merekonstruksi sejarah baru dengan memaparkan watak Hidayah sebagai wanita yang berani dan wanita yang menjadi penentang kepada British dan juga Jepun. Jelas menunjukkan bahawa penulis mempunyai visi politiknya bagi mengangkat martabat kaum wanita yang dikatakan tidak bebas dan terkongkong dalam zaman penjajahan british serta Jepun di Sarawak.
4.2.3 Tindakan Hidayah
a) Membebaskan tawanan
Dalam sejarah Sarawak tidak ada penglibatan golongan wanita atau perempuan yang berjuang untuk membebaskan tanah air. Malah tiada juga golongan perempuan atau wanita yang berani menentang penjajah British dan juga Jepun. Hal ini sangat berbeza dengan novel Naluri Hidayah. Pengarang cuba memaparkan seorang watak wanita yang berani dalam menentang penjajah. Dalam peristiwa menentang penjajah Jepun, Hidayah telah merancang satu strategi untuk membebaskan tawanan perang iaitu kawan-kawannya dan juga beberapa orang tentera British yang menjadi tawanan pihak Jepun. Hidayah Berjaya merancang strategi dengan menggunakan terowong bawah tanah yang dibuat oleh kawannya untuk membebaskan tawanan perang yang tidak berdosa dan bersalah. Rancangan hidayah itu Berjaya. Gerakan untuk menyelamatkan tawanan perang dilakukan pada sebelah malam namun tetap Berjaya dibolosi daripada pemantauan tentera Jepun yang berkawal di tempat iu. Hal ini kerana seorang bernama Hipeni yang mahir dalam bidang perubatan tradisional Berjaya membuatkan tentera Jepun pengsan disebabkan ramuan serbuknya daripada akar kayu.




Hidayah mengintai, ada dua orang , seorang terbaring dan seorang lagi membongkok di sebelah orang yang terbaring. Hidayah dan Suhai bergerak masuk dengan pantas dan menghala senjata tepat kea rah mereka berdua.
(Naluri Hidayah, 2007: 208)
Adrian menasihati Hidayah supaya berhati-hati. Hidayah mengangguk, mengikat penutup muka dan bergerak pantas ke arah suhai serta Akmal. Mereka memasuki terowong mini dan berhati-hati apabila telah tiba di halaman belakang markas Hishigawa.
(Naluri Hidayah, 2007: 234)
Hal ini menunjukkan bahawa pengarang itu cuba mencipta rekonstruksi sejarah baru dengan meletakkan watak Hidayah di dalam novel tersebut sebagai seorang yang berani dan dapat menewaskan Jepun. Sedangkan hal ini tidak berlaku di Sarawak. Pengarang seolah-olah mempunyai agenda lain yang bertujuan untuk mengangkat martabat kaum wanita pada zaman penjajahan yang tiada tempat atau kebebasan . Kebiasaannya pujuang ataupun pahlawan adalah golongan lelaki seperti Rentap, Syarif masahor yang menentang penjajah di Sarawak. Bukti lain ialah Elibab Bay iaitu kaum Iban telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Hal Ehwal orang iban manakala Emperit Adam pula dilantik menjadi Pegawai Daerah Simanggang. Kaum wanita dalam dunia penjajahan ditindas dan menjadi alat pemuas nafsu terutama pada zaman penjajahan Jepun. Kebebasan wanita untuk bergerak pada zaman penjajahan terhalang dan wanita hanya berkurung dan bersembunyi di tempat-tempat yang selamat. Pengarang sebagai seorang wanita cuba merekonstruksikan sejarah baru dengan meletakkan watak wanita iaitu Hidayah sebagai seorang pejuang yang berani.


b) Menyembunyikan Bekalan Makanan
Pada zaman pemerintahan Jepun di Sarawak, sumber ekonomi dikuasai oleh tentera Jepun dan juga British. Sumber utama yang dikuasai oleh penjajah di Sarawak ialah telaga minyak iaitu telaga minyak di Miri. Pada zaman pendudukan Jepun, sebanyak enam belas buah telaga minyak telah berjaya digali oleh Jepun di Sarawak. Penjajah juga turut menguasai sumber hasil yang lain terutama hasil hutan seperti rotan, jelutung, balak, getah dan juga sarang burung yang terdapat di Gua Batu Kapur dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri. Hal ini telah menimbulkan rasa geram dan marah yang membuak kepada penduduk di Sarawak. Dengan itu, penulis telah memasukkan watak Hidayah sebagai penentang dan penyelamat yang berjaya mengatasi strategi pihak penjajah untuk merampas setiap hasil bumi di Sarawak dan juga sumber makanan. Pihak penjajah telah menyekat makanan dan ini menyukarkan penduduk untuk mendapatkan makanan. Dengan itu Hidayah digambarkan seorang yang berani dan menjalankan satu rancangan untuk menyembunyikan makanan dan mencadangkan kepada penduduk kampung untuk menyembunyikan makanan untuk keperluan mereka sendiri daripada dirampas pihak penjajah. Sebagi contoh dapat dilihat pada petikan di bawah.
Mereka bertindak balas dengan bergerak aktif pada malam hari. Buah-buahan dipetik, tanaman seperti ubi kayu, keledek digali dan disembunyikan. Jika tidak berbuat demikian hasil titik peluh mereka bercucuk tanam tidak berbaloi kerana tentera jepun yang memungut hasil mereka.
(Naluri Hidayah, 2007: 157)


Dalam hal ini, penulis cuba merekonstruksikan sejarah baru untuk mengangkat peranan wanita itu sendiri yang merancang untuk menyembunyikan hasil tanaman penduduk kampung. Hidayah sebagai watak wanita bergerak aktif dalam membanteras gejala perampasan makanan terus berleluasa di tangan penjajah. Jika mahu dilihat pada zaman pemerintahan di Sarawak, golongan wanita tidak mampu bergerak aktif pada waktu siang apatah lagi bergerak aktif pada waktu malam. Kawalan yang sangat ketat dibuat oleh pihak Jepun bagi memastikan motif penjajahan di bumi Sarawak berjalan lancar. Jadi penulis merekonstruksikan sejarah dengan memperlihatkan bahawa Hidayah iaitu golongan wanita mampu bergerak aktif pada waktu siang dan malam dan menggambarkan bahawa watak Hidayah itu tidak takut akan hukuman yang akan dikenakan kepada dirinya jika rancangannya diketahui oleh pihak Jepun. Pada zaman pemerintahan Jepun, hukuman yang zalim dijatuhkan kepada sesiapa yang cuba menggagalkan rancangan Jepun iaitu hukuman pancung tidak kira lelaki ataupun perempuan. Tetapi penulis seperti mempunyai agenda lain iaitu ingin mengangkat dan menyedarkan kepada kaum atau golongan wanita bahawa golongan wanita perlu berani dalam mempertahankan hak mereka.


c) Merampas Senjata Askar British.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa senjata atau peralatan perang pihak Britis lebih canggih daripada orang Melayu yang hanya menggunakan keris, lembing, tombak dan sebagainya. Teknologi yang dimiliki British merupakan sebab British berjaya menjajah Sarawak. Namun pengarang dengan sengaja merekonstruksikan sejarah dengan memaparkan watak Hidayah itu sendiri yang berani merampas senjata askar pihak British. Dalam sejarah di Sarawak. Golongan lelaki belum tentu lagi berani merampas senjata pihak British kerana mereka tahu apa akibatnya sekiranya mereka berbuat demikian, hanya ada segelintir saja yang berani tetapi mereka tidak tahu menggunakan senapang. Maka penulis membuat satu rekonstruksi sejarah yang membuatkan penulis itu sendiri seolah-olah mempunyai satu kekuasaan untuk visi politiknya sendiri. Sebagai contoh dapat dilihat di bawah:


Hidayah bingkas bangun, berwaspada jika berlaku sesuatu. Mereka menguak akar kayu dan tumbuhan yang menjalar di muka pintu gua, mencapai senjata yang disorokkan di kiri dan kanan. Senjata yang dirampas daripada askar British itu tidak pernah digunakan tetapi mereka telah diajar cara menggunakannya. Mawi yang bekerja dengan Robinson bergaul bebas dengan tentera British dan sedikit demi sedikit mengumpul maklumat bagaimana menggunakan senapang dan mengisi peluru.
(Naluri Hidayah, 2007: 207)
Penulis ingin memperlihatkan kehebatan wanita itu kerana diri penulis itu sendiri adalah wanita yang berasal dan lahir di Sarawak, jadi penulis itu mempunyai visi politiknya ataupun Political Vision untuk mengangkat diri wanita itu sendiri sebagai ketua dan seorang yang berani merampas senjata tentera British dan menggunakan senjata yang tidak tahu digunakan oleh wanita pada zaman penjajahan di Sarawak. Sedangkan golongan lelaki sendiri tidak tahu menggunakannya apatah lagi wanita, tetapi sebagai political vision penulis itu memperlihatkan tindakan Hidayah yang menggunakan senjata dan merampas senjata tentera British itu.

 
d) Membakar markas Jepun
Tindakan Hidayah dengan membakar markas tentera Jepun adalah satu perkara yang tidak berlaku di Sarawak.Tiada wanita yang berani membakar markas tentera Jepun terutama golongan wanita. Penulis seperti biasa mempunyai political vision yang tersendiri iaitu untuk mengangkat golongan wanita dengan menggambarkan keberanian golongan wanita melalui atau menerusi watak Hidayah di dalam Novel Naluri Hidayah. Hidayah telah mengatur strategi untuk menjatuhkan Jepun dengan membakar markas utama iaitu tempat di mana Hishigawa tinggal. Markas itu sebelumnya adalah rumah Peninggalan Tuan Robinson yang sudah melarikan diri daripada pihak Jepun. Sebagai contoh dapat dilihat berdasarkan petikan di bawah ini:


“Ada apa, mak?” Tanya Hidayah sambil menguap panjang. Kadang-kadang timbul juga rasa bersalah membohongi emaknya dengan bersikap pura-pura tidak tahu.
(Naluri Hidayah, 2007: 248)


Hidayah Cuma mendiamkan diri, tidak berusaha untuk menenangkan kebimbangan emnak kerana dia tahu kebakaran tersebut tidak akan merebak ke Kampung Tapang. Rakan-rakannya telah bersedia jika kebakaran di luar kawalan.
(Naluri Hidayah, 2007: 249)




Jelas disini menunjukkan bahawa penulis merekonstruksikan sejarah dengan memaparkan watak Hidayah yang berani merancang membakar markas Hishigawa tanpa memikirkan kesan atau akibat yang menimpa ke atas dirinya. Disini wujud satu political vision bagi diri penulis itu sendiri yang mahu menunjukkan bahawa watak atau golongan wanita itu mampu melakukan sesuatu yang diluar batasan wanita itu sendiri. Oleh kerana diri penulis itu seorang wanita yang lahir di Sarawak, maka sangat jelaslah penulis mahu memaparkan watak Hidayah ini untuk dijadikan satu political vision atau seolah-olah mempunyai satu kekuasaan pada diri wanita.
e) Menyelamatkan Akmal dan Hipeni
Salah satu lagi tindakan yang dilakukan seorang wanita yang bernama Hidayah adalah dengan menyelamatkan Akmal dan juga Hipeni iaitu sahabatnya. Hidayah mendapat tahu bahawa kedua rakannya ini telah menjadi tahanan British. Hidayah berasa bimbang jika mereka diapa-apakan oleh oihak British yang tidak berhati perut. Oleh kerana Hidayah tidak sanggup melihat dan mendengar khabar bahawa Akmal dan Hipeni diseksa hidayah akhirnya telah mengambil keputusan untuk merancang menyelamatkan mereka dari tawanan pihak British.
“Apa yang berlaku bang Suhai? Betulkah Akmal dan Hipeni ditangkap? Bagaimana keadaan Mawi dan Sufian?” Tanya Hidayah. Kesabarannya sudah tidak dapat dibendung lagi.
(Naluri Hidayah, 2007: 54)
“Abang benar-benar pasti?” Lemah longlai seluruh tubuhnya apabila mendengar kesahihan berita penangkapan Akmal dan Hipeni. Dia berada diambang antara percaya dan tidak.
(Naluri Hidayah, 2007: 55)
“Yang penting, Akmal dan Hipeni Berjaya diselamatkan.”
Beberapa malam mereka mengintip dan mengatur rancangan, mereka terpaksa bertindak pantas kerana bimbang Akmal dan Hipeni dihantar ke balai polis di Kuching. Ini lebih menyukarkan misi menyelamat. Setibanya di rumah Robinson malam itu segalanya kelihatan tenang seolah-olah telah sedia menaanti kehadiran mereka, ini juga memudahkan misi mereka.
(Naluri Hidayah, 2007: 89)


Dalam hal ini jelas menunjukkan bahawa penulis telah merekonstruksikan sejarah baru dengan memaparkan watak Hidayah itu sebagai seorang yang berani mengintip pada waktu malam untuk membebaskan sahabatnya iaitu Akmal dan juga Hipeni. Hidayah diangkat untuk menunjukkan betapa hebatnya Hidayah yang berani mengintip pada waktu malam dalam beberapa hari dan seterusnya menyelamatkan Akmal dan juga Hipeni. Golongan wanita pada zaman penjajahan terutama di Sarawak tidak dibenarkan keluar pada waktu malam dengan bebas tetapi penulis memaparkan watak Hidayah ini yang bebas keluar dan berani untuk mendekati dan mengintip di mana Akmal dan Hipeni dikurung. Hidayah seolah-olah tidak takut akan Robinson iaitu pemerintah British. Maka satu rekonstruksi sejarah telah dibina oleh penulis yang bertujuan untuk mengangkat kaum wanita yang sifat dan tindakannya melebihi lelaki dan penulis berbuat demikian kerana ada tujuan atau visi politiknya yang tersendiri.


f) Merampas Beras yang dibawa oleh Trak Jepun
Ini merupakan satu lagi tindakan yang dilakukan oleh hidayah. Tindakan hidayah ini membuatkan Hishigawa semakin berang dan marah. Hishigawa berasa berang dan marah kerana Hidayah seringkali menjadi penghalang kepadanya dalam menguasai hasil-hasil tanaman dan juga hasil-hasil bumi di Sarawak. Hidayah telah mengatur satu lagi strategi bagi merampas bekalan beras yang dirampas oleh Jepun. Hidayah telah mengarahkan Kram dan juga Safawi bertindak dengan menyekat laluan trak Jepun yang membawa beras ke Kampung Tapang.
Terdengar bunyi enjin trak, semua mereka sudah bersedia di kedudukan masing-masing. Kram dan Safawi yang ditugaskan membuka ikatan pokok yang telah ditebang, menjatuhkan pokok tersebut tepat di hadapan trak. Melangkah keluar,pemandu dan pembantunya terus dihalakan dengan muncung senapang. Mereka berdua diarah menghala jauh sedikit daripada kawasan itu sementara Hidayah mengacu senjata ke arah mereka dan Adrian mengikat tangan mereka berempat sebelum mengikat mereka ke batang pokok.
(Naluri Hidayah, 2007: 244)


Malamnya mereka berkumpul dan berbincang apa yang mereka patut lakukan dengan beras-beras tersebut. Sebulat suara mereka bersetuju untuk mengagihkan kepada penduduk yang hisup susah dan mereka yang memiliki ahli keluarga yang ramai.
(Naluri Hidayah, 2007: 245)

 
Berdasarkan pada petikan yang terdapat dalam Novel, Hidayah bertindak sebagai seorang ketua dalam mengatur strategi. Hidayah juga yang memberi arahan kepada Kram dan juga Safawi untuk membuka ikatan pokok yang telah ditebang bagi menghalang laluan trak yang membawa beras. Penulis telah meletakkan watak Hidayah setaraf dengan lelaki iaitu sebagai ketua, malah lebih daripada itu kerana Hidayah juga yang menyuruh kumpulan mereka untuk berkumpul pada waktu malam di tempat persembunyian mereka untuk membincangkan apa yang mereka patut lakukan dengan beras yang dirampas daripada pihak Jepun. Akhirnya mereka telah bersetuju untuk mengagihkan kepada penduduk kampung yang susah dan bilangan ahli keluarganya ramai. Jelas disini penulis sekali lagi meletakkan Hidayah sebagai ketua yang memainkan peranan dalam mematahkan rancangan Jepun.


Tindakan Hidayah yang berani itu sangat bertentangan dengan wanita di Sarawak yang hanya bersembunyi dan berdiam diri kerana takut dengan pemerintahan dan hukuman pihak Jepun terhadap sesiapa yang cuba menentang atau menghalang tidak kira lelaki ataupun perempuan. Jelas bahawa penulis telah mencipta satu rekonstruksi sejarah dalam Novel Naluri Hidayah dengan mengangkat watak Hidayah itu sendiri sebagai ketua manakala lelaki pula menjadi pengikutnya.


4.2.4 Tindakan Jepun
a) Menubuhkan Gerakan Wanita.
Jepun adalah penjajah yang menjajah Sarawak selepas pihak British. Pemerintahan Jepun sangat zalim. Jepun tidak mempunyai hati dan perasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Jepun adalah satu pasukan yang kuat dan terkenal dengan kezalimannya. Hukuman pancung merupakan hukuman yang paling tidak berperikemanusiaan. Jepun juga dikatakan sangat zalim kerana nafsu terhadap perempuan itu sangat kuat. Pada zaman pemerintahan Jepun di Sarawak, ramai ibu bapa yang menyembunyikan anak gadis mereka di tempat yang selamat supaya tidak menjadi alat pemuas nafsu tentera Jepun. Penulis dalam novel Naluri Hidayah ini memperlihatkan bahawa pihak Jepun mempunyai sifat berperikemanusiaan. Dalam novel ini Hishigawa iaitu ketua pemerintah Jepun telah memberi cadangan kepada Hidayah supaya membina atau menubuhkan satu gerakan kaum wanita untuk mengangkat martabat kaum wanita. Dalam keadaan ini, penulis telah merekonstruksikan sejarah baru dengan menunjukkan bahawa Hishigawa sebagai ketua Jepun sanggup membantu Hidayah dengan memberi cadangan kepadanya untuk menubuhkan persatuan Gerakan Wanita di Sarawak. Buktinya dapat dilihat dalam petikan di bawah:


“Selamat petang.” Hidayah terkejut, hampir terjatuh genggamannya, dia mengukuhkan genggaman tangan, bimbang jam saku itu terjatuh. Hidayah bingkas bangun dan memberi tunduk hormat, begitu juga rahim. Matanya tajam memerhati sekujur tubuh Hishigawa.
(Naluri Hidayah, 2007: 285)
“Jangan marahkan aku, aku pun tidak ingin perkara begini berlaku, apalagi untuk memukul awak,” katanya seakan-akan meminta maaf.
(Naluri Hidayah, 2007: 285)
“Aku ingin membantu kau untuk menebus kesalahan aku. Aku ingin benar untuk menolong kau tetapi pertolongan aku ini bersyarat.
(Naluri Hidayah, 2007: 285)
“Kenapa tuan mahu berbuat baik? Tuan boleh bertindak ikut suka hati Tuan.
“Aku mengagumi dan memandang tinggi pada kau hidayah. Kau seorang yang bersemangat tinggi. Apabila aku tampar, kau tidak merayu malah semakin berani menentang aku. Kerana itu aku memberi kau kelonggaran peraturan. Juga kerana kau gadis yang istimewa.
(Naluri Hidayah, 2007: 286)


“Aku cadangkan kamu menubuhkan persatuan wanita seperti yang terdapat di Kuching.”
(Naluri Hidayah, 2007: 288)


Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa peristiwa sejarah ini sangat bertentangan dengan sejarah sebenar. Dalam zaman pemerintahan Jepun, tiada sikap tolak ansur atau sikap perikemanusiaan kepada masyarakat di Sarawak apatah lagi Musuhnya sendiri yang menentang pemerintahan Jepun. Penulis cuba merekonstruksikan sejarah baru dengan memaparkan sikap atau tindakan Hishigawa yang berlembut dengan Hidayah iaitu seorang wanita yang menentang dirinya sendiri. Hishigawa seorang pemerintah yang kejam sanggup meminta maaf kepada Hidayah seorang wanita seperti yang terdapat dalam petikan di atas.


Hishigawa juga turut mencadangkan kepada Hidayah supaya menubuhkan Persatuan Wanita seperti yang terdapat di Kuching. Sedangkan dalam sejarah sebenar tiada pemerintah Jepun yang sanggup meminta maaf walaupun dirinya sendiri yang berbuat salah. Penulis cuba menggambarkan Hidayah seorang wanita yang sangat berpengaruh dan berani menentang penjajah. Penulis berbuat demikian kerana ada visi politiknya tersendiri iaitu untuk mengangkat golongan wanita terutama wanita di Sarawak. Jelas bahawa penulis telah merekonstruksikan sejarah baru melalui novel Naluri Hidayah ini.
Jika mahu dilihat dari konteks yang lain, Jepun begitu percaya kepada Hidayah kerana Hishigawa mahu Hidayah sendiri iaitu seorang wanita yang akan terus menyambung pemerintahan di Sarawak. Jelas menunjukkan penulis cuba menaikkan martabat wanita sehinggakan Jepun kagum dan percaya kepada Hidayah. Oleh sebab itu Hishigawa sendiri memberi satu cadangan kepada Hidayah untuk menubuhkan Persatuan Wanita di Sarawak.


4.2.5 Perkahwinan Adrian dengan Hidayah
Tiada dalam sejarah Sarawak di mana wanita berkahwin dengan penjajah. Tetapi dalam novel Naluri Hidayah penulis merekonstruksikan sejarah dengan memaparkan watak Adrian iaitu tentera British yang akhirnya jatuh cinta kepada wanita yang bernama Hidayah iaitu penentang penjajah. Adrian sebagai pihak musuh telah jatuh cinta kepada Hidayah sedangkan dalam penjajahan tidak ada rasa belas kasihan apatah lagi rasa sayang. Tetapi penulis jelas telah melakukan satu rekonstruksi sejarah baru dengan meletakkan Adrian bagi pihak penjajah dan juga Hidayah bagi penentang penjajah yang akhirnya berkahwin. Ini jelas terbukti dalam novel tersebut.
Hidayah mengukir senyuman, menggenggam jejari suaminya.
(Naluri Hidayah, 2007: 349)
“Aku tidak akan meninggalkan kau walau apa pun yang terjadi Jejarinya menyentuh Jejari Hidayah, mereka berbalas senyum.
(Naluri Hidayah,2007: 237)
“Mereka dah boleh pergi.” Mendengar itu, hati Hidayah bagai dihiris sembilu. Jika Adrian pergi, mereka tidak akan berjumpa lagi. Dia memujuk hatinya itu lebih baik bagi mereka berdua. Jika mereka menjalin hubungan pun, ia tidak akan mampu bertahan. Banyak halangan yang akan mereka hadapi. Justeru dia tidak mahu berjumpa Adrian kerana mahu membunuh semua perasaan yang ada di hatinya.
(Naluri Hidayah, 2007: 221)


Dalam hal ini, jelas menunjukkan bahawa penulis merekonstruksi sejarah baru dengan memperlihatkan cinta dan kasih sayang diantara Hidayah dengan Adrian. dalam sejarah Sarawak yang asalnya tidak ada pun penjajah British yang jatuh cinta dan akhirnya berkahwin dengan penduduk tempatan di Sarawak. Hal ini berlaku kerana penulis mempunyai visi politiknya yang tersendiri untuk memperlihatkan bahawa Hidayah itu mampu membuatkan seorang penjajah British jatuh cinta kepadanya dan sanggup bekorban apa saja deminya.


5.0 Kesimpulan
Novel Naluri Hidayah merupakan sebuah karya yang sarat dengan unsur pensejarahan baru yang berpaut pada tujuan penulis untuk mengembalikan semula kekuasaan dan keperwiraan kepda tokoh yang sebenar-benarnya layak. Menurut Foucault, politik dan kekuasaan berada di tangan teks baru telah bertukar wajah membentuk kebenaran. Untuk mengembalikan kebenaran itu, maka teks sastera haruslah merebut kekuasaan (Mana Sikana, 1996). Novel Naluri Hidayah mungkin merupakan salah satu teks yang disebutkan oleh Foucault itu. Akan tetapi dimanakah novel Naluri Hidayah ini dapat dikelompokkan . persoalannya sekarang ialah apakah dan adakah Novel Naluri Hidayah itu merupakan sebuah karya sastera semata-mata ataupun sebagai sebuah karya sejarah. Secara rumusannya dapat dikatakan bahawa teori New Historisisme Baru ini hanyalah sekadar membuka jalan kepada kehidupan yang baru bagi sejarah yang sudah sekian lama telah diamatikan dengan membuka ruang fleksibiliti makna agar dapat sejarah itu bernafas dalam dunia terkini dan dapat pula melanjutkan wacana peradaban sesuatu bangsa. Maka jelas menunjukkan bahawa novel Naluri Hidayah ini sangat sesuai dianalisis dengan menggunakan teori New Historisisme Baru.




Bibliografi


Abdul Rahman Napiah, 2000, “Konsep dan Semangat Patriotisme dalam Drama Melayu
Moden” dalam Abdul Latif Abu Bakar dan Othman Puteh, Globalisme dan Patriotisme dalam Sastera Malayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Brannigan, John, 1999. Introduction: History, Power and Politic in the Literary Artifact:
Cambridge University Press.
Mana Sikana, 1945, Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Mohamad Daud Mohamad dan Huszaidi Hussin, 2006. Rangkaian Pemikiran Dalam Karya
Sastera.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sarimah Alit, 2997. Naluri Hidayah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stephen Greenblatt, 1989. The New Historicism. New York: London
Stephen Greenblatt, 1991. Criticism And Culture The Role of Critique in Modern Literary
Theory. Longman
Umar Junus, 1996, Teori Moden Sastera dan Permasalahan Sastera Melayu.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.



PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam