BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Nota Sastera Melayu

Kategori Watak

1.watak protagonis
2.watak antagonis
3.watak pipih
4.watak bulat
5.watak dinamik
6.watak sampingan
7.watak putih

1.watak protagonis
ialah watak utama, pelaku utama dalam sesbuah cerita.watak utama yang baik sifatnya.

2.watak antagonis
ialah watak yang sentiasa menentang watak protagonis.dalam erti kata lain watak jahat

3.watak bulat
ialah sesuatu watak yang bergiat atau terlibat secara aktif dalam sesebuah cerita.

4.watak dinamik
ialah watak yang sifatnya sentiasa berubah-ubah sepanjang cerita.

5.watak sampingan
ialah watak yang membantu watak utama dalam sesebuah cerita.

6.watak putih.
ialah watak yang baik sifatnya.

Teknik Plot

1.Imbas kembali (menimbau kisah yang silam yang telah berlalu)
2.Dialog (perbualan lebih daripada seorang)
3.imbas muka (membayangkan atau melihat ke hadapan apa yang bakal terjadi)
4.saspens (rasa ingin tahu)
5.konflik (pertengkaran atau pertentangan idea)
6.kejutan (perasaan teruja, takut dan lain-lain)

Latar
1.Latar temnpat
2,Latar masa dan waktu
3.Latar masyarakat

Sudut Pandangan
1.orang pertama
pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan.sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku iaitu cerita ini dibawakan seluruhnya oleh watak aku.

2.orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)
kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga iaitu dia dan mereka. atau lengkap dengan nama.

3.orang ketiga terbatas
pengarang tidak menceritakan semua cerita atau peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka

4.sudut pandangan objektif
pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga .bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita.maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.

Gaya Bahasa

diksi
pemilihan dan penusunan kata-kata oleh pengarang

personifikasi
dikenali sebagai perorangan atau penginsanan.membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia kepada benda bukan hidup sama ada dari segi perasaan ,perwatakan dan lain-lain.

simile
menggunakan kata seperti bagai, umpama, bak, laksana.

metafora
perbandingan yang menggunakan kata konkrit dengan kata abstrak

hiperbola
merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyampaikan sesuatu secara berlebih-lebihan dan melampau

sinkof
singkatan kata atau perkataan.

asonansi
pengulangan huruf vokal

aliterasi
pengulangan huruf konsonan

pengulangan
1.anafora (awal baris/ayat)
2.epifora (akhir baris/ayat)
3.repitasi (pengulanagn pada baris yang sama)

Nilai

baik hati
berdikari
berhemah tinggi
bertanggungjawab
tabah
sabar
berani
kasih sayang
rajin
adil
amanah
horamat-menghormati

Pengajaran
ialah peringatan, pedoman, perutusan, amanat, mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca


Perbezaan Nilai Dengan Persoalan

Ramai antara kita masih keliru dengan 2 perkara ini. Mereka yang sudah memasuki IPTA pun masih keliru dan tidak tahu membezakan mana satu nilai dan mana satu persoalan.

lihat di bawah:

nilai hanya terdiri dari satu/dua perkataan:
1.berani
2.kasih sayang
3.gigih
4.jujur
5.sabar

persoalan pula hanya menambah imbuhan di hadapannya:
1.keberanian
2.kegigihan.
3.kejujuran.
4.kesabaran

                                               

    Sastera Rakyat



Definisi Sastera Rakyat

          Sastera Rakyat ialah sastera yang sepenuhnya telah dihasilkan oleh golongan rakyat jelata. Gubahannya adalah gubahan yang begitu menarik sekali dan memang menjadi kebanggaan glongan rakyat bawahan. Wujudnya Sastera Rakyat ini adalah semenjak sebelum masyarakat Melayu mengenali akan sistem tulisan. Orang Melayu pada ketika itu banyak menitikberatkan kelisanan dalam Sastera Rakyat. Kelisanan inilah yang akan menunjukkan kehebatan dan keunikan Sastera Rakyat itu sendiri. Orang Melayu hebat berfikir, menghafal, mentafsir, meluahkan dan mentafsirkan. Semuanya dalam lingkungan alam terkembang menjadi guru.

Penakik pisai siraut
Ambil galah batang lintabung
Selodang jadikan nyiru
Nang setitik jadikan laut
Nang sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru


       Setiap bahan yang diperolehi disampaikan dari mulut ke mulut dan menjadi tanggungjawab mereka untuk diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bila situasi ini berlaku maka terdapatlah tokok tambah dalam bahan yang disampaikan.
       Setiap tokok tambah sebenarnya adalah menunjukkan kekreatifan orang-orang Melayu itu mengolah dan mentafsir sesuatu bahan yang diperolehinya. Harus diingat bahawa Sastera Rakyat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah bersifat kolektif dan kepunyaan bersama. Masing-masing bertanggungjawab terhadap apa yang diceritakan. Setiap cerita tidak sunyi dari pengaruh alam sekeliling. Malahan jika tidak terdapat pengaruh alam sesuatu bahan Sastera Rakyat itu tidak menarik dan bersifat kering serta longgar. Orang Melayu pada ketika ini juga begitu mempercayai akan anamisme dan masyarakat mereka bersifat tertutup. Tiada pengaruh dari luar.
       Setiap karya sastera pada ketika ini adalah milik bersama dan tiada tercatat nama pengarang, tarikh serta masanya. Tidak wujud langsung milik perseorangan. Kebanyakan Sastera Rakyat ini mudah difahami dan plotnya tidak berbelit-belit. Masyarakat ketika itu mementingkan akan mesej yang hendak disampaikan. Segala unsur estetiknya lahir kemudian. Kebanyakan Sastera Rakyat disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta berkebolehan seperti Tok Selampit di Kelantan, Awang Batil di Kedah, Mir Hassan dan Pawang Ana di Perak, Penglipur Lara di Pahang, Awang Kitang di Negeri Sembilan dan Tukang Kenterung di Jawa. Penyampaian yang dibuat oleh tokoh-tokoh ini begitu kreatif dan menarik sekali serta diiringi oleh alat-alat bunyi-bunyian iaitu rebana, seruling dan sebagainya.
       Hasil daripada amalan animisme yang begitu kuat di kalangan orang-orang Melayu pada ketika itu telah melahirkan beberapa genre seperti mantera dan melalui mantera ini diwujudkan pula jampi, serapah, sembur, cuca dan sebagainya yang bertindak untuk menjaga keselamatan, kesejahteraan, maruah dan kehormatan orang-orang Melayu pada ketika itu. Lahirnya genre lain seperti teromba yang lebih bersifat undang-undang masyarakat yang begitu kuat diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan Minangkabau.
       Ramai yang tidak mengetahui bahawa teromba ini adalah genre yang terawal wujud dan di dalamnya terdapat pantun, mantera, syair, seloka, gurindam, peribahasa, terasul, pepatah-petitih, bidalan, ungkapan, teka-teki dan banyak lagi. Semuanya adalah bersifat berkias, menyindir dan menguji kefahaman khalayak Melayu pada ketika itu. Ramai yang tidak merasai bahawa kehebatan Melayu adalah terletak kepada genre seperti ini. Genre seperti ini juga terdapat di dalam Prosa Melayu Klasik contohnya di dalam Hikayat Malim Deman, Sejarah Melayu dan sebagainya. Teromba juga masih diamalkan dalam masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan sebahagian di Melaka. Akan tetapi ianya tersebar di kalangan orang-orang Melayu di negeri-negeri lain di Malaysia ini.
       Sastera Rakyat Melayu mempunyai banyak persamaan dengan Sastera Rakyat di negara-negara lain di dunia ini. Persamaan ini terjadi kerana persekitaran yang agak sama seperti yang berlaku di Alam Melayu. Misalnya di dalam Cerita-cerita Jenaka dan Cerita-cerita Binatang. Dalam Cerita Binatang masyarakat Melayu terkenal dengan kepintaran  Sang Kancil dan dalam masyarakat Eropah mereka lebih mengagungkan akan binatang iaitu musang. Walaupun berlainan watak binatang jalan pemikirannya masih lagi sama iaitu binatang yang cerdik dan boleh mengalahkan sesiapa sahaja menggunakan kepintarannya.
       Sastera Rakyat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menghibur. Harus kita ingat menghibur yang mempunyai unsur-unsur didikan dan bukannya bersifat mengkhayalkan seperti yang dianggapi oleh glongan tidak memahami. Masyarakat pada ketika itu tidak ada alat-alat hiburan yang lain seperti yang berlaku pada hari ini. Di samping itu juga ia berfungsi untuk mendidik, mengajar, kritikan dan sindiran kepada orang-orang Melayu supaya boleh menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka sudah penat bekerja seharian dan jalan keluar untuk merehatkan diri dan otak adalah melalui Sastera Rakyat. Cerita-cerita Jenaka dan Cerita Binatang termasuk genre puisi adalah berperanan besar membentuk budaya masyarakat Melayu yang sangat mementingkan budi dan muafakat.

Sifat-sifat Sastera Rakyat

                   Jelas sekali bahawa kehebatan Sastera Rakyat adalah melalui kelisanannya.
Setiap perkara adalah mementingkan hafalan. Hafalan di sini bukannya seperti kita menghafal skrip jawapan untuk peperiksaan, tapi hafalan Sastera Rakyat penuh dengan penghayatan yang boleh memberi kesan kepada khalayaknya. Disampaikan dari mulut ke mulut dan telah menjadi tanggungjawab masayarakat Melayu untuk menyebarkan Sastera Rakyat ini. Tambahan pula kebanyakan masyarakat Melayu pada ketika itu belum tahu menulis dan membaca. Namun begitu masyarakat Melayu pada ketika itu masih dapat menghasilkan Sastera Rakyat yang begitu bernilai tinggi.
       Bila Sastera Rakyat ini bersifat lisan maka sudah tentu mempunyai tukang cerita yang mahir sebagai penyampai. Di antara tukang cerita yang paling terkenal ialah Pawang Anna dan Mir Hassan. Kehebatan tukang-tukang cerita ini terletak kepada kreativitinya yang tidak ada pada bangsa-bangsa lain. Mereka menyampaikan cerita dengan lagu dan irama yang lemak merdu sehingga sedap telinga kita apabila mendengarnya. Kreatifnya mereka bila diiringi dengan bunyi-bunyian seperti rebana, gendang dan serunai. Dapat dilihat bahawa gabungan bunyi-bunyian dan suara boleh mempegaruhi masyarakat Melayu pada masa itu dan juga pada masa sekarang jika ada tumpuan apabila menghayatinya.
       Tidak terdapat langsung yang cuba mendakwa pada masa itu segala hasil karya adalah miliknya. Semuanya dikira sebagai milik bersama-sama kerana mereka lebih bersifat kolektif dalam segala hal. Tidak ada yang bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Cubit peha kanan peha kiri terasa. Kehidupan mereka sungguh akrab sekali dan tiada ada yang mementingkan hal peribadi sendiri. Masyarakat adalah lebih penting dari segala-galanya. Malu seorang malu semua. Ibarat beranak seorang mengajar ramai. Jelas sekali pada masa ini tidak ada sikap untuk penonjolan diri. Semua yang dilakukan adalah untuk kepentingan masayarakat belaka.
       Sastera Rakyat juga adalah merupakan tradisi masyarakat Melayu yang sangat bernilai sekali. Ramai yang menganggap bahawa ia sukar menerima beberapa perubahan dan bersifat statik. Pemikiran yang sebegini adalah nakal dan perlu diubah dengan segera kerana kita perlu menafsirkan semula semua Sastera Rakyat mengikut konteks hari ini. Pentafsiran haruslah secara terbuka dan penafsir mestilah mempunyai asas Melayu dan Islam secara kukuh serta jangan ditingglkan soal adat serta budaya. Sastera Rakyat sebenarnya adalah menggambarkan ketamadunan bangsa Melayu yang mempunyai akar tunjang yang begitu jitu. Diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Agak malang sekali jika kita tidak mahu meninjau dan memikirkan kehebatan Melayu di dalam teromba, pantun, syair, gurindam, seloka, peribahasa, cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka dan sebagainya.
       Sastera Rakyat Melayu juga banyak mempunyai persamaan dengan lain-lain bangsa di dunia. Persamaan ini dari segi plot, pemikiran dan persekitarannya. Dalam cerita-cerita binatang Melayu tokoh utamanya ialah Sang Kancil dan di kalangan masyarakat Red Indian watak utamanya ialah Serigala, di kalangan bangsa Vietnam watak pentingnya ialah Kelinci. Terdapat juga cerita yang terkenal iaitu Belanda minta tanah di Betawi. Di Amerika pula terkenal sekali cerita orang Peranchis minta tanah dari orang Red Indian dengan cara meminta tanah selebar belulang sehingga mendapat tanah yang lebih luas. Semuanya adalah dengan cara yang tidak betul iaitu penipuan.
       Dalam perkembangan Sastera Rakyat ia bersifat dinamik dan bukan satu benda yang mati walaupun telah menjangkau di era globalisasi. Terdapat banyak perubahan mengikut pembawa, pencerita dan penggiatnya. Segala tokok tambah ini bukannya menunjukkan kelemahan tetapi adalah atas kepentingan setempat serta untuk menyampaikan mesej. Setiap Sastera Rakyat Melayu berubah mengikut penyesuaian setempat dan ianya tidak bersifat komersial untuk kepentingan diri sendiri. Kita harus mentafsir sesuatu cerita Sastera Rakyat Melayu secara ilmiah dan benar-benar cuba untuk mengalami dan menghayati. Jika ditafsir secara emosi kita tidak akan dapat jumpa jawapan sebenar. Misalnya cerita Mat Jenin sebenarnya adalah cerita perancangan rapi orang-orang Melayu yang bercita-cita untuk cemerlang, gemilang dan terbilang akan tetapi penamatnya telah diselewengkan oleh orientalis barat atas tujuan penjajahan.
       Kebanyakan hasil Sastera Rakyat Melayu adalah berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Mereka nampaknya sudah mula mencari suatu perlarian untuk sama-sama membantu masalah yang mereka hadapi setiap hari. Lahirlah cerita-cerita hantu, dewa dewi dari kayangan, mantera, jampi, serapah dan sebagainya. Kepercayaan anamisme seperti ini begitu kuat menjadi pegangan mereka. Lahirlah ciptaan mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa yang indah dan ada kaitan dengan alam.
       Plot Sastera Rakyat Melayu adalah mudah dan senang difahami. Namun begitu cuma dalam cerita Penglipur Lara sahaja plotnya berbelit-belit dan sejajar dengan ceritanya yang wujud dalam alam yang tidak nyata. Nilai-nilai sasteranya akan dapat kita rasai jika kita mempunyai penghayatan yang tinggi. Pertembungan watak-watak dalam cerita ini boleh memberi kesan kepada khalayak.
       Orang-orang Melayu mempunyai kehebatannya yang tersendiri dan Sastera Rakyat memainkan peranan untuk menyampaikan mesej dan membawa pengajaran. Setiap perlakuan dalam masyarakat jika hendak dikritik adalah secara tidak langsung dan berkias. Masyarakat Melayu mempunyai nilai budi yang begitu tinggi dan mereka tidak mahu memalukan orang lain secara nyata. Setiap teguran adalah dibuat secara kiasan dan menggunakan bahasa yang berlapis. Begitulah sopannya bangsa Melayu walaupun marah masih lagi secara beradab dan bukan marah mengikut nafsu sahaja.
       Jika kita ingin melihat adat, budaya dan resam bangsa Melayu kita boleh lihat melalui Sastera Rakyatnya. Melaluinya juga kita boleh lihat tahap pemikiran bangsa Melayu itu sendiri.  Sastera Rakyat ini juga adalah sastera Melayu yang tertua dan banyak berfungsi untuk menyapaikan maklumat kepada bangsanya sendiri.  Keindahan dan kehebatan Sastera Rakyat Melayu ini adalah terletak kepada kelisananya dan apabila dituliskan maka yang tersirat akan beransur-ansur tenggelam. Jika mampu digali Cuma boleh dilakukan oleh orang yang mahir sahaja. Penyalinan semula Sastera Rakyat Melayu dalam tulisan rumi juga adalah suatu kelemahan kerana ketulinan cerita akan hilang. Selain itu menjadi anak muda Melayu menjauhi tulisan jawi. Pati kehebatan orang-orang Melayu sebenarnya masih banyak terakam dalam tulisan jawi.

Pembahagian Sastera Rakyat

             Sastera Rakyat Melayu terbahagi kepada dua bahagian penting dan ini diperakui oleh semua sarjana. Pembahagian itu adalah seperti berikut: 

i.                    Bercorak Non-Naratif

   Terdiri daripada teromba, pantun, syair, seloka, gurindam, nazam, peribahasa, pepatah-petitih, terasul, ungkapan, talibun, teka-teki dan sebagainya. Semuannya ini akan lebih menarik dan mantap jika disampaikan secara lisan dan bukannya melihat teks. Jika melihat teks ia akan menjadi suatu pengucapan yang biasa sahaja.. kebanyaknya mempunyai rangkap yang tertentu, terdapat aliterasi, asonansi, rima akhir yang menarik, bahasa yang padat dan mempunyai sukukata yang tertentu.
ii.                  Bercorak Naratif
Di dalamnya mengandungi Cerita-cerita Binatang, Cerita-cerita Jenaka, Cerita Penglipur Lara, Metos Lagenda dan Cerita Asal Usul.  Sastera jenis ini mempunyai jalan cerita, watak, isi cerita bahasa yang indah lagi tinggi. Di masukkan unsur-unsur hiburan yang mempunyai nilai-nilai pendidikan, moral dan sebagainya.




PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam