BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ucapan Aluan

Selamat Datang, Welcome, आपका स्वागत है, 欢迎, ยินดีต้อนรับ,
ようこそ,
Benvenuti, Bienvenue, مرحبا بكم

Link

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung semua. sekiranya anda mahu mencari bahan berkaitan Bahasa Melayu boleh lah melayari blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Untuk itu anda cuma Link ke Blog Perkongsian Maklumat Bahasa Melayu

Antara Yang terkandung di dalam blog itu adalah seperti:

1.Fonetik Fonologi
2.Morfologi
3.Sintaksis
4.Semantik

RENUNG-RENUNGKAN..

Hidup umpama roda...berputar tidak kira masa dan waktu..silih berganti.kadang-kadang apabila roda itu berada di atas, kita akan merasakan diri kita hebat, beruntung, bernasib baik, tetapi sebaliknya apabila roda itu berada di bawah kita akan berasa hidup kita amat teruk sekali, menyesal, menyerah kalah, marah untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. maka kita seharusnya tabah dan perlu menunggu roda itu berpusing dan kemudiannya berada pada tahap yang lain pula..insyaalah...

Followers

Peta Online

Monday 25 April 2011

Novel,Cerpen, Drama, Sastera Bertulis Berbentuk Bukan Cerita, Sajak

NOVEL
 
  • Menurut Kamus Dewan novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial.
  • Menurut Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk menlahirkan satu persoalan kehidupan yang menarik.
  • Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti Nurbaya.
  • Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
Novel Resaman
Novel Sejarah
Novel Sosial
Novel Politik
Novel Lawan Alam
Novel perwatakan
  • Perlukisan dan perkembangan watak.
  • Contoh :Rentong
Novel psikologi
  • Menekankan penjiwaan watak
  • Contoh : Hari-hari Terakhir Seorang Seniman
Novel peristiwa
  • Peristiwa-peristiwa menarik tetapi mungkin tidak berhubungan.
  • Contoh : Puteri Gunung Tahan
Novel resaman
  • Penceritaan tentang adat resam satu-satu masyarakat pada satu masa dan tempat tertentu.
  • Contoh : Cinta Gadis Rimba
 
Novel sejarah
  • Penekanan kepada kedua-dua aspek sejarah dan adat resam
  • Contoh : Panglima Awang
Novel Sosial
 
Menekankan mengenai persoalan masyarakat
Contoh : Salina
 
Novel Politik
Persoalan politik
Contoh : Krisis
 
Novel lawan alam
  • Kisah kawasan-kawasan tertentu
  • Contoh : Ranjau Sepanjang Jalan
 
CERPEN
  • Cerita pendek (Kamus Dewan)
  • Cerpen ialah bentukcereka pendek, yang membawakan satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
  • Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
 
Ciri-ciri
  • Sebuah cerita atau kisah berbentuk prosa
  • Menonjolkan hanya satu kesan
  • Mengisahkan dengan agak terperinci suatu perisiwa
  • Cerpen memperlihatkan adanya unsur-unsur dramatik. Contohnya cerpen Segeluk Air tulisn Khadijah Hashim.
 
DRAMA
  • Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan.
  • Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’.
 
Sifat Drama
  • Isu konflik
  • Aksi fizikal atau mental
  • Jangka waktu persembahan yang terbatas
 
Jenis Drama
  • Komedi
  • Tragedi
  • Opera
  • Pantomin
  • Tragedi-Komedi
   
SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
 
ESEI
  • Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.
  • Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
 
SAJAK
  • Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
 
SIFAT-SIFAT SAJAK
  • Tidak mempunyai imbangan bunyi yang tetap
  • Sajak tidak semestinya mengemukakan pertentangan bunyi atau rima akhir di hujung tiap-tiap baris ayat atau dimana-mana juga.
  • Mempunyai rangkap, tetapi bilangan baris ayat pada serangkap tidaklah tetap.
  • Mempunyai baris-baris ayat yang membangunkan rangkap.
  • Mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa.
 

0 comments:

PENDEKATAN KOMSAS

1. Pendekatan Induktif
2. Pendekatan Deduktif
3. Pendekatan Elektik
4. Pendekatan Komunikatif
5. Pendekatan Dtruktural
6. Pendekatan Berfokus

PENGERTIAN FILOLOGI


* suatu pengetahuan tentang sastera yang luas iaitu yang merangkumi bidang kebahasaan, kesusasteraan, dan kebudayaan.

* Menurut teori barat cabang kebudayaan (cultural universal) dalam pengertian ada 7 bahagian


Etimologi

* Filologi berasal daripada kata yunani iaitu philos yang bermaksud cinta

Filologi sebgai istilah

*Dalam perkembangan yang mutakhir ,filologi memandang perbezaan yang ada dalam pelbagai manuskrip sebagai suatu ciptaan dan menitik beratkan kerjanya pada perbezaan tersebut

Tempat penyimpanan manuskrip

* Biasanya manuskrip disenaraikan dalam pelbagai catalog di perpustakaan dan muzium dan Negara tertentu.menurut perangkaan yang dibuat oleh mahayudin hj yahya dalam bukunya ,karya klasik melayu islam